Video Eksperimen Ini Buktikan Betapa Mudahnya Virus Tersebar Tanpa Manusia Sedari
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini agensi penyiaran awam Jepun iaitu NHK telah menerbitkan satu video eksperimen yang begitu mendapat perhatian orang ramai.
Video tersebut membuktikan bagaimana kuman dan virus seperti koronavirus yang terdapat pada sesuatu permukaan dapat merebak hanya dalam satu waktu singkat.
Menggunakan sebuah restoran buffet di satu kapal penyiaran, seorang ‘pesakit’ dan 10 orang peserta lainnya sebagai bahan ujikaji mereka, video tersebut benar-benar mengejutkan orang ramai.
Secara ringkasnya pihak produksi menggunakan sejenis cecair fluorescent yang hanya dapat dikesan melalui lampu gelap yang akan disapu pada seorang peserta yang merupakan ‘pesakit’ sebagai gambaran yang disedang menghidap selesema dan bersin.
Kadar merebak dari seorang ke orang yang lain begitu cepat sewaktu kesemua peserta sedang menikmati buffet mereka.
Malah di penghujung video penonton dapat melihat sendiri kesannya dimana kebanyakan permukaan sudahpun dipenuh ‘kuman’ terbabit yang dikesan menerusi cahaya hitam.
Bukan hanya pada makanan dan barangan malah wajah mereka juga turut terdapan kuman tersebut.
Ngeri bukan? Namun inilah realiti yang kita semua harus terima. Jadi patuhi SOP dan arahan yang diberikan kerajaaan dalam mengekang penularan Covid-19 ok ?