fbpx
Now Reading
Muka Naik Jerawat Sebab Pakai Face Mask? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda

Muka Naik Jerawat Sebab Pakai Face Mask? Ini 5 Tips Mudah Untuk Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui bukan semua orang selesa menggunakan pelitup muka. Jika sebelum ini anda boleh tanggal dan membukanya pada bila-bila masa yang anda mahukan namun peraturan baru bermula 1 Ogos memerlukan anda untuk sentiasa menggunakannya terutama di tempat awam dan tempat yang sesak.

Pemakaian mask yang berterusan buat sesetengah orang akan menyebabkan wajah mereka mula ditumbuhi jerawat atau nama lainnya maskne (mask +acne) terutama di kawasan yang kerap tertutup seperi di pipi hidung dan dagu.

Secara ringkasnya ia terjadi disebabkan pengumpulan bakteria yang terjadi dari kombinasi beberapa perkara iaitu keadaan lembap pada topeng, karbon dioksida serta udara suam yang terhasil dari nafas kita.

Selain itu ada juga inidivu yang mengalami alahan disebabkan face mask digunakan mempunyai bahan pengawet seperti formaldehid sehingga menyebabkan kulit muka menjadi merah, gatal-gatal & tumbuh jerawat.

Kejadian ini pastinya mengecewakan bukan?

Kita bukan hanya mahu sihat malah pasti mahukan wajah yang sempurna, bersih dan cantik.

Jadi bagi membantu anda mengatasi masalah ini, ikuti tips dan panduan yang dikongsikan oleh seorang pakar perubatan yang juga pengasas produk kecantikan , Dr Irma Shida dibawah :

#1 Tukar pelitup muka setiap 3-4 jam

JIka keluar rumah dalam tempoh masa yang lama pastikan anda tukar face mask yang digunakan dengan yang baru . Elakkan dari mengguna face mask sama dari pagi sampai malam.u.

#2 Cuci pelitup muka

Jika menggunakan pelitup muka jenis kain,pastikan anda mencucinya setiap hari. Jangan biarkan ia tidak bercuci selama seminggu.

#3 Kurangkan penggunaan mekap

Jika anda jenis yang akan bermekap setiap hari, mungin anda boleh cuba untuk mengurangkan penggunaan mekap terutamanya foundation.

Penggunaan mekap yang tebal dicampur dengan face mask akan menyebabkan pori-pori muka anda tersumbat justeru menyebabkan acne..

#4 Gunakan produk penjagaan kulit yang ada antibakteria

Memandangkan maskne terjadi kerana perkumpulan bakteria, anda perlu mencari produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan antibakteria.

Sebagai contoh madu dan frankincense.

#5 Gunakan produk yang dapat melembutkan kulit

Apabila kulit tengah ‘imflamed’ dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan yang boleh menenangkan kulit antaranya centella, seaweed dan calendula.

Anda juga boleh melakukan carian seperti ‘skin-soothing ingredients’ untuk mendapatkan lebih contoh.

Dalam masa sama, Dr Irma turut berkongsi beberapa produk milik syarikatnya iaitu Angela White set dari DrIrma Skincare yang menurutnya sesuai untuk digunakan dalam merawat Maskne.

Jadi buat anda yang mempunyai masalah Maskne amalkan 5 tips diatas dapatlah untuk kembali mendapatkan wajah flawless seperti sediakala . Good luck!

Foto Kredit : ClevelandClinic.Org

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.