Padah Buat ‘Prank’ Bagi Daging Korban Yang Sebenarnya Sampah, Youtuber Indonesia Akhirnya Ditangkap
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan terdapat segelintir influencer kini sanggup melakukan apa sahaja dalam meraih perhatian netizen dan masyarakat serta menaikkan rating mereka di media sosial
Ada yang tergamak membuat cerita palsu, menipu hanya untuk nampak mewah dan pelbagai lagi.
Terbaru, seorang Youtuber di Indonesia, Edo Putra bersama seorang rakannya sanggup membuat prank memberikan daging korban yang sebenarnya berisi sampah kepada dua orang wanita.
Jelas mangsa yang terkena didalam video berkenaan yang pada mulanya gembira selepas menerima daging berkenaan bertukar kecewa dan marah selepas mengetahui isi plastik terbabit.
Namun tindakan mereka berdua akhirnya memakan diri, mereka bukan sahaja dikecam netizen dan masyarakat kerana disifatkan keterlaluan dan menganiaya, malah akibat dari perlakuan itu mereka kini ditahan polis kerana didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti.
Selain itu video yang dihasilkan mereka itu juga didakwa melanggar etika kesopanan.
“Kedua-dua suspek telah ditahan,” kata Ketua Komisioner Polis Palembang Anom Setyadji.
Jika bersalah mereka berdua boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Tonton video tersebut yang sudah mendapat 195k dislikes di bawah :