
Hishammuddin Minta Maaf, Mengaku Hisap Vape Dalam Dewan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini tular di laman sosial video yang memperlihatkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tanpa sengaja telah menghisap vapenya semasa persidangan sedang berjalan
Video tersebut dengan durasi 9saat dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mhd Shamin dengan kapsyen “Adoiii buat hal betul laa,”
Tidak sampai beberapa ketika Hishammuddin kemudiannya membalas Tweet tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai
“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.
“Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” tulisnya membalas hantaran itu.
Sorry, I didn't realise – it's a new habit. I apologise to the Dewan and promise to not do it again 😔 https://t.co/2BdUl6D9K2
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) August 6, 2020
Permohonan maaf oleh Ahli Parlimen Sembrong itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai respons dari netizen dimana ada segelintir yang yang memuji sikap jujur beliau dan ada juga yang mengecam tindakannya itu.
P/S : penulis sendiri beberapa kali pernah melakukan perkara sama tapi bukan dalam dewan rakyat lah = p