
Inginkan Suasana Makan Yang Berbeza? Mungkin Nightbus 127 Dapat Memberikan Satu Kelainan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Banyak kedai makan rare di negara kita, darilah kedai makan menggunakan kapal, makan di udara, kafe dalam container rooftop cafe dan pelbagai lagi.
Namun pernah dengar mengenai kedai makan dalam bas? Haa lain dari lain kan?
Perkenalkan Night Bus 127, sebuah kedai makan yang beroperasi di Jenjarom . Menggunakan bas lama yang sudah diubahsuai, kedai ini pasti menjanjikan anda satu kelainan .


Lengkap dengan meja makan serta bangku, kafe didalam bas ini turut menyediakan penghawa dingin didalamnya. Justeru tiada apa yang perlu anda bimbangkan, segalanya lengkap.
Bukan sahaja menarik, mereka yang gemarkan suasana retro, pasti trip ke sini akan menjanjikan anda satu kenangan yang manis.

Anda hanya perlu duduk santai dan makan!
Bercerita pasal makanan Night bus 123 menawarkan masakan western baik dari burger, piza, pasta sehinggalah makanan gril seperti Chicken Chop.

Minuman di sini juga dengarnya sedap dan memang menarik !

Hasil dari pemerhatian kami ramai yang mencadangkan makanan signature mereka iaitu Beef and Lamb Burgers. Dari innti dagingnya, roti jenis semuanya resepi sendiri.
Hmmm nampak menarik bukan?? Meskipun bertema antik, menu makanannya memang buat terkecur air liur.
Nightbus 127 ini sedikit jauh daripada kotaraya Kuala Lumpur, tapi kalau nak nikmati pengalaman menarik macam ini, apa salahnya drive?
Alamat: Lot 389, Jalan Klang Banting, Batu 13 Jenjarom, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 5pm – 12am (Ahad hingga Khamis), 5pm -1am (Jumaat dan Sabtu). Tutup pada Selasa