fbpx
Now Reading
Ini Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan Anda

Ini Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan Anda

Better buat dahulu sebab KKM dah wajibkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan dari penularan Covid-19, kerajaan mewajibkan kesemua premis perniagaan yang beroperasi untuk mematuhi SOP dan yang paling utama merekodkan butiran pelanggan.

Tujuan ianya diwajiban bagi memudahkan proses mengesan kontak rapat sekiranya terdapat jangkitan kes di mana-mana lokasi dan diremis-premis seluruh negara.

Namun disebalik arahan tersebut masih ada yang ingkar dan lebih buruk lagi langsung tidak merekodkan sebarang butiran pelanggan seperti yang terjadi di sebuah kedai nasi kandar di Kedah baru-baru ini.

Keadaan ini pastinya menyukarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan kontak rapat kes jangkitan COVID-19 di tempat berkenaan.

Justeru menerusi satu pengumuman oleh Ketua Pengarahan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini kerajaan akan mewajibkan semua premis mendaftar MySejahtera atau tindakan bakal diambil menggunakan akta kawalan penyakit berjangkit dalam masa terdekat.

Jadi di bawah kami kongsikan kesemua langkah tersebut untuk anda mendapatkan kod QR bagi premis anda sendiri

#1 Layari laman web MySejahtera

Layari lawan web https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

#2 Masukkan nombor anda

Masukkan nombor telefon anda bagi pengesahan kod OTP diikuti, tandakan kotak disebelah ” I’m not a robot” dan tekan butang ‘Register’.

#3 Masukkan OTP yang diterima

#4 Isikan segala maklumat lengkap berkaitan premis anda dan tekan submit bila selesai

#5 Anda akan terus menerima QR Code anda . Anda boleh memilih untuk download terus, print atau simpan salinannya ke email anda.

Tahniah premis anda kini sudah mempunyai kod QR nya sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.