fbpx
Now Reading
Ippo Hafiz & Isteri Selamat Timang Anak Lelaki

Ippo Hafiz & Isteri Selamat Timang Anak Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CDgXWU6jPgi/

Isteri kepada penyanyi dan komposer Ippo Hafiz, Fara Roslan semalam selamat melahirkan cahaya mata lelaki mereka.

Berita gembira tersebut dikongsikan Ippo menerusi satu posting di Instagramnya.
 
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz turut mendedahkan foto putera sulung mereka itu yang diberi nama Yusuf Zarin Nur.
 
“Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir lah “Yusuf Zarin Nur”. Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung nyawa tadi,

“Terima kasih yang mendoakan ya. Terima kasih tak terhingga, sangat teruja. Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini,” coretnya.

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang mengurus dan menyambut kelahiran bayi mereka itu

“Terima kasih Dr Khamsiah & Staff Nurse dari Andora Hospital yang sangat powerrrr membantu dan berjuang dalam proses kelahiran. Terima kasih tak terhingga, sangat excited.

“Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini.

Dilihat ke ruangan komen rata-rata rakan dan pengikut turut tumpang gembira dan mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.