fbpx
Now Reading
Kartunis Popular Artortoise Hidap Kanser Hidung, Menteri Agama Panjatkan Doa Untuknya

Kartunis Popular Artortoise Hidap Kanser Hidung, Menteri Agama Panjatkan Doa Untuknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CDf2kJ4FykP/https://www.instagram.com/p/CDiDOXTF1K8/

Siapa sangka kartunis terkenal Artortoise yang sentiasa menyajikan orang ramai dengan bahan ilmiah serta nasihat disamping kerja seninya yang berkualiti tinggi dikhabarkan kini sedang menghidap kanser pangkal hidung tahap tiga.

Perkara tersebut dikongsikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri di laman Instagramnya pada petang Rabu.

“Saya yakin ramai mengenali beliau lewat kartun-kartun beliau yang sarat dengan unsur nasihat dan dakwah.

“Saya baru dimaklumkan beliau menghidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3,” tulisnya di Instagram

Menerusi perkongsian Dr Zulkifli itu juga Artortoise atau nama betulnya Mohamad Ikhsan Kamarudin kini sedang menjalani rawatan kimoterapi dan meminta orang ramai untuk turut mendoakan kartunis tersebut.

“Sama-sama kita doakan kartunis,Artortoise dipermudahkan urusan kimoterapi pada hari ini.

Orang ramai yang mengetahui perkara tersebut kemudiannya mengucapkan takziah dan menitip doa berharap agar artortoise diberikan kesembuhan.

Artortoise sebelum ini sempat memuat naik mesej kemanusiaan susulan tragedi letupan di Beirut, Lubnan baru-baru ini sebelum memuat naik satu lagi perkongsian berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya

Kami mendoakan agar Artortoise kembali pulih dan selamat menjalani rawatan kimoterapinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.