Genap Setahun Pemergian Arwah Ayah, Ibu Ezad Lazim Pula Meninggal Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiada siapa menyangka, sehari selepas ulangtahun pertama kematian arwah ayahnya, penyanyi Ezad Lazim hari ini dikejutkan pula dengan pemergian ibunya.
Memetik Gempak, bekas penyanyi kumpulan Exists itu difahamkan menerima perkhabaran duka itu melalui kakaknya selepas solat subuh disekitar jam 6.30 pagi tadi.
“Selepas selesai solat Subuh pagi tadi, saya dapat panggilan telefon daripada Kak Long beritahu Mak dah tak ada.
“Kak Long beritahu Mak jatuh dalam bilik air dan kemudiannya terus tidak sedarkan diri. Dan selepas diperiksa, Mak sudah pergi meninggalkan kami,” katanya.
Menurut Ezad dia kali terakhir bertemu ibunya ialah pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu dimana ibunya datang melawat rumah barunya
Tambah Ezad , arwah ibunya ada menghidap penyakit darah tinggi.
“Mak datang rumah kami, katanya mahu melawat rumah baru kami,” katanya sebak.
Dalam pada itu, Ezad turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang menitipkan ucapan takziah.
“Terima kasih kepada yang mendoakan dan menghantar ucapan takziah. Doakan perjalanan kami. Allahyarham akan dikebumikan sebaik sahaja kami tiba di Alor Setar,” katanya.
Ezad turut berkongsi berita sedih tersebut di laman sosial Facebooknya
“Ibu saya Tosadah Bt Jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini…. mohon doakan yang terbaik buat arwah ibu saya ” tulis Ezad/
Menerusi ruangan komen, teman-teman dan pengikut di laman sosial mengucapkan takziah disamping mendoakan perjalanan Ezad dan keluarga pulang ke Kedah dipermudahkan.