fbpx
Now Reading
Mahu Perangi Rasuah, Tun M Bakal Tubuh Parti Baru

Mahu Perangi Rasuah, Tun M Bakal Tubuh Parti Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan satu parti politik baru.

Perkara tersebut didedahkan menerusi satu sidang media khas pada petang Jumaat, di di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur dengan tujuan utama penubuhannya untuk membanteras aktiviti rasuah dikalangan pemimpin politik .

Tambah Tun, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana di awal penubuhannya dulu.

“Bukan niat kami nak banyak sangat parti politik Melayu. Sudah ada Umno Pas dan Bersatu.

“Parti ini ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip,” katanya.

Turut kelihatan sewaktu sidang media tersebut adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Terdahulu Tun yang merupakan Pengerusi Bersatu bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada parti tersebut.

Mereka yang lain ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.