fbpx
Now Reading
Jatuh Hati Dengan Malaysia, Kembar Mat Salleh Guna ‘Teksi’ Wira Untuk Berlumba Di Nurburgring

Jatuh Hati Dengan Malaysia, Kembar Mat Salleh Guna ‘Teksi’ Wira Untuk Berlumba Di Nurburgring

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CDisgrxqc5Xhttps://www.instagram.com/p/CDY_APZjUTi/https://www.instagram.com/p/CCRwyxoqaEw/

Buat peminat automotif dan sukan permotoran di seluruh dunia juga di Malaysia, Litar Nurburgring yang terletak di Jerman bukan satu perkara asing bagi mereka.

Secara ringkasnya litar yang dibina pada tahun 1984 digunakan untuk menguji hampir semua jenis kenderaan dari syarikat automotif terkemuka selain menjadi tuan rumah kepada banyak perlumbaan sukan motor seperti F1, IDM, kejohanan Superbike Dunia (WSBK) dan macam-macam lagi.

Justeru ramai peminat sukan permotoran dilihat begitu mengagungkan litar yang diberi jolokan Green Hell ini dengan menampal stickernya di cermin atau body kereta mereka .

Bak kata seorang kawan penulis, ia umpama Disneyland bagi mereka.

Namun siapa sangka sebuah kereta nasional jenis Proton Wira baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas bersaing bersama beberapa kereta hebat seperti Porche di litar ikonik Jerman itu.a

Lebih menarik perhatian apabila Wira tersebut yang tampil dengan rupa bentuk dan kemasan seakan teksi di Malaysia ini dijayakan oleh adik beradik kembar dari Belanda iaitu Jochem dan Ruben Gravemade yang menggelarkan diri mereka Dutch DIY Mechanic (DDM).

Semua ini hanya kerana perasaan cintakan Malaysia dan kereta Proton selepas hampir 7 tahun menginap di Ampang, Selangor.

Memetik Malaymail , adik-beradik Gravemade ini mula mengusahakan projek yang diberi nama ‘Project Proton’ ini pada 5 Julai 2019 selepas berjaya mendapatkan Proton wira pertama mereka di Jerman.

Kereta tersebut bagaimanapun mengalami masalah pada enjin asal (4G13 1.3liter) sehingga memaksa mereka membeli sebuah lagi proton wira yang berjaya ditemui iaitu dari jenis Aeroback ( 4G15 1.5 liter )

Menggunakan bahan dari kombinasi dua kereta tersebut mereka kemudiannya berjaya menyiapkan kereta projek mereka itu seterusnya beraksi di Nurburgring pada awal Julai lalu.

Difahamkan mereka akan beraksi sekali di sana pada akhir Ogos atau awal September ini sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat model ikonik ini berlumba di litar Nurburgring.

Untuk langkah seterusnya mereka difahamkan akan menyempurnakan kereta 100% sebagai teksi dengan memasang imeter teksi, penanda bumbung serta pencetak resit hasil bantuan dari seorang pengikut mereka yang berasal dari Pulau Pinang.

Wah sebijik dah macam teksi betul kan?

Untuk sentiasa mengikuti perkembangan mereka, anda boleh mengikuti akaun Instagram ataupun Youtube rasmi mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.