fbpx
Now Reading
Dari Bisnes Kecilan, Founder Oyo Hotel Kini Kuasai Rangkaian Hotel Terbesar Di Dunia

Dari Bisnes Kecilan, Founder Oyo Hotel Kini Kuasai Rangkaian Hotel Terbesar Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang ini mengembara dalam negara dengan kos bajet, antara hotel yang pasti menjadi tumpuan dan pilihan utama masa kini pastinya Hotel Oyo.

Namun tahukah anda hotel bajet yang semakin banyak dilihat dalam negara kita ini sebenarnya merupakan rangkaian hotel yang berasal dari India.

Yang menariknya pengasas dan CEO syarikat perhotelan ini merupakan seorang drop out, bukan anak jutawan yang akan mewarisi harta keluarga yang melimpah ruah sebaliknya datang dari keluarga sederhaana di Rayaga, Odisha , India.

Ritesh Agarwal, merupakan billionaire kedua termuda didunia di usia 26 tahun selepas model Kylie Jenner .

Pernah 6 kali gagal sehingga terduduk

Namun disebalik kejayaannya, Ritesh pernah enam kali gagal dalam perniagaannya sehingga jatuh terduduk. Dengan wang di dompet yang hanya tinggal berapa ringgit dia kemudiannya telah dihalau dari rumah sewanya.

Jelas kejayaan tidak datang bergolek bukan?

Agak berlainan dari adik-beradiknya yang menghabiskan pembelajaran mereka dalam bidang engineering dan business. Lelaki ini memilih untuk memulakan bisnes seawal usia 13 tahun dengan menjual kad sim telefon.

Dari situ dia memulakan pembelajarannya di ‘universiti realiti’ berbanding universiti formal.

Namun disebabkan ketidakpuasan Ritesh dengan mutu hotel bajet di India yang menurutnya mahal tapi kotor dia kemudiannya mula ‘mencelup kaki’ ke bidang perhotelan dan menjadikan masalah tersebut sebagai peluang untuk dia mencapai impiannya.

Jelas beliau kebersihan adalah perkara yang begitu dititikberatkan oleh semua orang terutamanya pengembara sedangkan itu adalah masalah utama hotel-hotel disana. Jusreru penyelesaian yang diciptanya melonjakkan namanya kini sebaris billionaire lain.

Kini terdapat 43,000 Hotel OYO

Lebih mengujaan model bisnes yang digunakannya bukan sahaja diterima di India malah di serata dunia termasuk di bandar utama dunia seperti London, New York, Paris, Tokyo dam banyak lagi menjadikan keseluruhan hotelnya kini semakin meningkat kepada 43,000 buah.

Bukan itu sahaja strategi dan buah fikiran Ritesh menyebabkan pelabur dan angelnya yang terdiri dari pelabur mega seperti Softbank Group (Jepun) ,Greenoaks Capital (Amerika Syarikat) , AirBNB dan banyak lagi begitu yakin dengan kemampuan pemuda ini dalam menentukan hala tuju syarikatnya.

Saat diajukan mengenai rahsianya Ritesh berkata dia hanya punya satu resepi, iaitu ‘kerja kuat’. Meskipun tanpa ijazah dan bergelar seorang drop out, dia sudahpun membuktikan yang dia mampu berjaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.