
Dituduh Imej Lagu Baru Bersifat Iluminati, Shiha Zikir Akhirnya Buka Mulut
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri ekoran dakwaan segelintir netizen bahawa lagu barunya mengandungi unsur yang bertentangan dengan ajaran islam atau lebih tepatnya berunsur illuminati, penyanyi Shiha Zikir akhirnya membuka mulut.
Jelas Shiha, dia menolak dakwaan tersebut dan jelas tidak bersetuju dengan kenyataan mereka.
“Sebenarnya, dalam video muzik kali ini, saya hanya mahu mencipta kelainan dan tampil dengan imej berbeza berbanding sebelum ini, itulah yang saya bincangkan dengan pihak label terlebih dahulu.
“Tetapi, ada pihak yang mendakwa imej saya dan penggunaan props dalam video muzik lagu ini menyerupai Iluminati, kalau benar ia kelihatan sama, saya yakin itu hanya kebetulan.
“Solekan saya dalam muzik video itu hanyalah sekadar untuk membawa watak ahli sihir, sama juga kalau kita saksikan seorang pelakon yang membawa watak ahli sihir dalam filem seram.
Jelasnya lagium enggunaan lampu berbentuk segi tiga dan props lainnya yang kelihatan seperti huruf A sebenarnya merujuk kepada huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terebut iaitu AEWO
“Manakala, penggunaan lampu berbentuk segitiga sebagai props pula melambangkan huruf A yang juga huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terbaru ini,” katanya kepada portal Gempak

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar tidak memandang sesuatu perkara hanya dari sudut negatif kerana lagu tersebut sebenarnya membawakan mesej yang mengingatkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada perbuatan syirik.
Malah tambahnya lagi watak ahli sihir yang dibawanya dalam muzik video tersebut adalah sekadar lakonan yang berlandaskan realiti di dunia sebenar dan pengalaman dirinya sendiri.
“Apa yang penting, mesej sebenar yang saya ingin sampaikan adalah jangan lakukan perkara syirik kepada Allah SWT. Mesej ini juga ada ditulis di penghujung video muzik AEWO ini.
“Watak ahli sihir yang saya bawa dalam video muzik ini hanyalah sekadar lakonan yang berdasarkan dunia realiti, saya sendiri ada mendengar kenalan yang mempunyai pengalaman disihir oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Sebab itulah kita jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran, jangan fikir pada sudut negatif sahaja, saya pun tahu baik buruk, takkan lah saya mahu kelihatan seperti pengamal Iluminati, jauh sekali untuk menyertainya,” katanya lagi.