fbpx
Now Reading
“Hak Polis Untuk Nafikan Tapi Saya Penduduk Asal Di Situ” – Pemilik Kedai Burger Ulas Isu Premis Judi

“Hak Polis Untuk Nafikan Tapi Saya Penduduk Asal Di Situ” – Pemilik Kedai Burger Ulas Isu Premis Judi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang dirakam secara langsung oleh seorang pengusaha kedai burger yang mendakwa wujud ketidakadilan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) .

Dakwanya PBT telah menyita kedainya namun dilihat menutup mata dengan membiarkan perniagaan lain termasuk aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup terus aktif di Bandar Baru Sungai Buloh .

Malah teruk lagi, selepas membuat laporan identitinya dibocorkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menggunakan akaun Facebook ‘Hot Burger Malaysia’ video berkenaan bukan hanya meraih perhatian netizen malah turut mendapat perhatian PBT, Polis Diraja Malayua (PDRM) malahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ,sendiri.

Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh… jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh…

Posted by Hot Burger Malaysia on Saturday, 8 August 2020

KPN dalam satu kenyataan menjelaskan yang pihak polis akan mengambil tindakan dan tidak akan berkompromi sekiranya terhadap mana-mana pihak yang terlibat
dalam dakwaan tersebut

Meskipun senada dengan KPN, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, bagaimanapun memaklumkan individu terbabit tidak pernah membuat aduan mengenai isu terbabit dan ianya satu fitnah yang mendatangkan keresahan masyarakat.

Malah mereka turut menafikan kewujudan lambakan pusat judi seperti yang didedahkan sebaliknya hanya berjaya menemui satu premis yang masih beroperasi sekaligus membuat tangkapan dan rampasan.

“Selepas pendedahan video berkenaan, polis melakukan enam serbuan ke atas premis seperti ditularkan dalam Facebook Hot Burger Malaysia.

“Lima daripadanya kosong, manakala satu premis masih beroperasi,” katanya dalam satu sidang media.

Tambahnya seorang pegawai polis dari Balai Polis Sungai Buloh turut membuat laporan polis kerasa merasakan video berkenaan boleh merosakkan imejnya dan PDRM.

Sindiket judi: Siaran langsung di kawasan Bandar Baru Sg Buloh

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menyifatkan dakwaan video tular polis daerah itu melindungi sindiket perjudian sebagai tidak benar. Sebaliknya menurut beliau, pihak polis telah melakukan pelbagai serbuan di premis-premis judi dan menahan penjaga dan pemain judi.Siaran langsung di kawasan Bandar Baru Sg Buloh.

Posted by Bernama TV on Saturday, 8 August 2020

Dari Pihak PBT pula iaitu MBSA pula menjelaskan tindakan menyita barangan perniagaan berkenaan dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan selain melanggar SOP iaitu berniaga di luar waktu operasi.

Jawapan ini menimbulkan kemarahan dikalangan netizen dimana PBT dilihat tidak menjawab dakwaan tersebut mengenai kegalan menyita kedai lain sebaliknya lebih kepada menyalahkan si pengadu

Terbaru individu terbabit , Mohd Asri Hamid, yang ditemui media kekal dengan pendiriannya berhubung isu terbabit.

“Saya adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis judi itu. Namun, itu adalah hak polis untuk menafikannya,”

Tambahnya lagi dia akan menemui SPRM yang sudah menghubunginya semalam dimana dia juga bakal bertemu dengan polis dengan khidmat guaman yang diberikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

“Saya akan memberikan kerjasama kepada polis dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyediakan khidmat guaman kepada saya untuk kes ini.

“Malah, saya juga sudah berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubungi saya semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

“Sudah lebih 20 tahun saya berniaga burger di tepi jalan dan banyak kali tindakan saman dan sita dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap gerai kami, namun saya tidak pernah marah atau menyimpan dendam kerana perkara itu.

“Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah tindakan MBSA yang hanya menyita dua gerai burger termasuk milik saya di lokasi itu semalam, walaupun kami tidak berniaga sedangkan ada ramai lagi peniaga di kawasan berkenaan tidak dikenakan tindakan sama.

“Peniaga Aceh yang membuka khemah di tepi jalan dan menjual rokok seludup serta beberapa premis judi pula masih boleh berniaga seperti biasa tetapi hanya gerai burger kami yang diambil tindakan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Dalam pada itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM akan menghulurkan bantuan dan perlindungan kepada Asri yang mungkin terdedah dengan ancaman daripada pihak tertentu.

“Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada ancaman kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jenayah seperti pusat judi.

“Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.