Padah Curi Baju Di Butik Terkemuka, Instafamous Dipenjara 5 Hari

Sejak semalam tular di media sosial mengenai seorang instafamous yang juga seorang guru tuisyen dipercayai ditahan polis selepas disyaki cuba mencuri berpuluh helai pakaian di sebuah butik berjenama di ibu negara.

Instafamous berusia 28 tahun itu telah ditahan bersama barangan yang cuba dicuri keluar disekitar jam 630 petang sebelum pihak butik melaporkan kejadian itu kepada pihak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, dalam satu kenyatan bberkata perilaku suspek yang dilihat mencurigakan selepas penyelia berkenaan terlihat wanita itu memasukkan beberapa helai baju ke dalam sebuah beg milik butik pakaian terbabit.

Dia bagaimanapun tertangkap selepas penggera di pintu keluar butik tersebut berbunyi memandangkan dia tidak membuat pembayaran untuk pakaian tersebut yang bernilai RM4,310.

Dipenjara 5 hari dan denda RM 4,500

Terbaru wanita berkenaan akhirnya dihukum penjara lima hari dan dikenakan denda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh Alya Iman Abdul Manab, 28, turut diperintahkan oleh Majistret S.Mageswary menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda

Difahamkan mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 8 Ogos lalu.

Barangan yang dicuri difahamkan bernilai RM

Peguam yang mewakilinya Muhammad Syafiq Salleh sewaktu prosiding memohon mahkamah untuk memberikan hukuman ringan memandangkan ini kesalahan pertama anak guamnya selain selain pengakuan salahnya yang telah menjimatkan masa mahkamah

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira barangan yang dicurinya adalah bernilai tinggi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago