fbpx
Now Reading
Pemilik Hot Burger Malaysia, Asri Janggut Sudah Bertemu KPN

Pemilik Hot Burger Malaysia, Asri Janggut Sudah Bertemu KPN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/fopdrm/photos/rpp.770424033013102/3082883648433784/?type=3&theater

Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Asri Janggut yang sebelum menjadi tular selepas mendedahkan beberapa premis aktiviti haram membabitkan perjudian dan penjualan rokok seludup dilaporkan sudahpun bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman, hari ini,.

Pertemuan tersebut yang difahamkan berlangsung di sekitar jam 3 petang itu telah dikongsikan oleh laman Facebook ‘Friends Of PDRM’ sebentar tadi dengan Asri dilihat tampil mengenakan baju rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia  (PPIM) yang tertera namanya.

Memetik Harian Metro, selain pertemuan tersebut, Asri juga difahamkan akan turut menemui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Pendedahan Asri yang dilakukan menerusi dua siaran langsung di laman Facebook Hot Burger Malaysia mengejutkan orang ramai dan menjadi topik utama di kalangan netizen sejap hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ianya satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Baca artikel berkaitan :

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.