
Cemburu Suami Hadiahkan Madu Rumah Baru, Isteri Tua Arah Jengkaut Robohkannya [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Akibat perasaan cemburu yang terlalu menguasai diri, seorang wanita yang merupakan isteri tua kepada seorang lelaki telah bertindak keterlaluan dengan menghantar sebuah jentolak untuk meroboh rumah baru milik madunya
Difahamkan wanita berkenaan gagal mengawal rasa amarahnya selepas mengetahui rumah madunya itu merupakan pemberian dari suaminya.
Kejadian yang berlaku di Desa Mangga Dua, Serdang Bedagai Indonesia turut berjaya dirakam dan disaksikan oleh orang ramai dari kampung berkenaan.

Video berkenaan kemudiannya tular dilaman sosial dan mendapat pelbagai respons berbeza dari para netizen.
“Isteri tua telah menghantar sebuah jentolak untuk meratakan rumah isteri muda.
“Dia (isteri tua) marah dan cemburu selepas mengetahui suaminya membelikan rumah baharu untuk madunya,” jelas Sugi, yang bertanggungjawab merakamkan kejadian tersebut..

Video berkenaan jelas menunjukkan suasana riuh penduduk kampung yang memanggil isteri muda yang juga didakwa hamil tiga bulan. Jengkaut juga dilihat merobohkan dinding dan juga bumbung rumah isteri muda itu sehingga rata.
Tonton video tersebut di bawah :