
Filem One Two Jaga Kembali Raih Perhatian Selepas Tular Video Abang Burger
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
FIlem arahan pengarah terkenal Nam Ron, One Two Jaga, yang dibarisi pelakon handal seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Ario Bayu, Amerul Affendi, Sofea Jane dan ramai lagi kembali menjadi hangat diperkatan di media sosial selepas tularnya video yang mendedahkan aktiviti kedai perjudian dan penjualan rokok haram di Sg Buloh oleh pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Asri Janggut.
Filem ini yang berkisarkan salah laku penguat kuasa iaitu pihak polis selain isu yan sentiasa didengari di dalam negara seperti isu rasuah, pendatang haram menyebabkan orang ramai mula mengaitkannya dengan apa yang sedang hangat berlaku beberapa hari ini

Buat mereka yang sudah menontonnya pasti anda ingat cabaran yang terpaksa dihadapi Hussein (Zahiril Adzim) seorang pegawai polis muda yang terpaksa berperang dengan keadaan selepas mengesyaki partnernya Hassan (Rosdeen Suboh) hidup dengan menerima suapan.
Jelas netizen cuba mengaitkan filem tersebut dengan situasi yang sedang berlaku di Sungai Buloh meskipun mereka dilihat tidak menuding jari pada sesiapa.
Malah ramai merasakan filem arahan Nam Ron ini bukan diterbitkan secara suka-suka sebaliknya ia penuh dengan mesej yang ingin disampaikan.
Masa filem #OneTwoJaga keluar ada sesetengah pihak tak puas hati & ugut boikot.
— Cikgu (@Aweeff) August 10, 2020
Jgn ingat @_Nam_Ron_ buat filem ini suka² ke? Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.
Bagi yg belum tonton filem ini, aku saran tontonlah. Sedikit sebanyak membuka mata anda realiti apa yg berlaku pic.twitter.com/RczCc3FN3Z
OneTwoJaga in action …. https://t.co/dNBInmYb4W
— Yaminzzz (@Edennz_10) August 10, 2020
Fuh betul teringat macam cerita #OneTwoJaga. Baru taw jugak dekat area sini ada port judi https://t.co/LaZbeNMZS6
— اقبال كمال (@IqbalK4mal) August 11, 2020
Selain netizen, pelakon berbakat, Amerul Affendi yang turut berlakon dalam filem berkenaan turut berkongsikan perkara sama di Twitter nya
Apa khabar?
— Perakam Sejarah (@Amerul_Affendi) August 9, 2020
Dah tengok belum #OneTwoJaga.. Kalau belum masih sempat untuk menonton di @netflix
Naa sekarang dah terang lagi bersuluhkan?
Terima kasehlah 🙋🏾♂️ pic.twitter.com/BSNH8zDcKg