Guna Alasan Tak Tahu, Wanita Gelang Pink ‘Bolos’ Dari Kawasan Temco Dikompaun

Penularan kembali wabak Covid-19 yang kini sedang melanda beberapa negeri di utara seolah tidak menakutkan segelintir orang.

Ini dibuktikan apabila ada lagi yang melanggar arahan kuarantin yang dikenakan kerajaan termasuk di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco)

Di Jitra , seorang wanita didalam lingkungan 30-an, yang mengenakan gelang pink kuarantin telah ditahan oleh pihak polis selepas memboloskan diri keluar dari kawasan Temco.

Difahamkan polis menahannya selepas pihak pengurusan di sebuah pasar raya di Jitra memaklumkan kepada polis mereka melihat seorang seorang wanita yang mengenakan gelang merah jambu berkeliaran di pasar raya berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, individu berkenaan menggunakan alasan tidak tahu dia hanya dibenarkan membeli barangan dalam radius 1KM dari kawasan Temco saja.

“Kes itu disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Berkemungkinan besar dia keluar melalui lorong tikus kerana semua jalan besar kita dah tutup di lapan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan sejak 3 Ogos lalu sepanjang Temco berkuat kuasa sehingga terlepas ke pasar raya itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Susulan penangkapan tersebut wanita berkenaan dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati bersalah keluar dari kawasan dibenarkan

82 kompaun telah dikeluarkan Polis

Dalam pada itu Ismail berkata sebanyak 82 kompaun sudah dikeluarkan kerana kesalahan ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah Kubang Pasu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Temco dilaksanakan .

“Seramai 224 anggota polis ditempatkan dalam penugasan Ops Covid yang turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Setakat ini, semua penduduk di tiga kawasan iaitu Napoh, Jitra dan Megat Dewa sudah menjalani ujian swab kesihatan berikutan penularan kluster PUI Sivagangga di daerah ini bulan lalu,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago