
Pagi Mengajar & Petangnya Berniaga, Kisah Guru Ini Buka Mata Netizen Untuk ‘Tidak Mudah Menyerah”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dapat dinafikan tahun 2020 merupakan tahun paling mencabar buat semua. Bagi dari segi mental mahupun secara ekonomi situasi ini jelas membuatkan orang ramai dalam kegusaran.
Namun kisah seorang pendidik yang tular di laman Twitter benar-benar membuka mata netizen agar tidak mudah patah hati dan cepat menyerah kalah meski apa sahaja dugaan yang menimpa.
Aminah Farid, menerusi Twitter berkongsi kepada orang ramai semangat ibunya, yang kuat dimana beliau sanggup melakukan 2 pekerjaan demi menampung kehidupannya dan keluarga.
Menerusi postingnya Aminah menjelaskan ibunya, Shafinaz Melisa,53 tahun merupakan seorang guru di sebuah sekolah Montessori di waktu paginya.
Namun sejak 2 tahun lalu ibunya mula menjana pendapatan tambahan dengan menjual air milo di ais di gerai tepi jalan di sekitar Subang Jaya pada waktu petangnya
Jelas Aminah semua ini dilakukan ibunya memandangkan pendapan yang diterimanya sebagai seorang pendidik tidak mencukupi ditambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di negara kita.
She’s gone through so much as a woman and a single mother, and I’m so damn proud of her. She’s the strongest person I’ve ever met, and also the reason why I strive to be independent, mentally and financially. Thanks for teaching me valuable life lessons and self-worth Mama. ❤️
— lemon lima (@sassylemonlima) August 10, 2020
Memetik The Rakyat Post, Shafinaz yang merupakan seorang ibu tunggal sudah bergelar seorang pendidik sejak 15 tahun dahulu dan kini mengajar di sebuah sekolah yang menumpukan pendidikan untuk kanak-kanak khas.
Meskipun berdepan cabaran dalam mendidik murid-murid pendidikan khas, guru berdedikasi ini jelas begitu gembira apabila melihat banyak perkembangan positif yang ditunjukkan anak-anak muridnya.

Namun jauh di sudut hatinya, beliau berharap kerajaan akan lebih mengambil berat akan nasib guru sepertinya yang menerima gaji tidak setimpal apatah lagi peranan mereka yang penting dalam pendidikan anak-anak
“Kalaulah kerajaan lebih meghargai guru-guri di negara ini, kerana kami adalah orang yang memenuhi keperluan asas pembelajaran anak- anak mereka”
Shafinaz Melisa , Guru Montessori
Malah difahamkan guru ini hanya menerima gaji bersih RM1,200 selepas ditolak caruman KWSP dan SOCSO miliknya. Ini menguatkan lagi semangatnya untuk menyertai pakej perniagan yang dianjurkan MILO sebagai penjual sah dengan harga RM2 dan RM3 setiap cawan di sekolah-sekolah sekitar Subang Jaya.
Sebagai rekod kerajaan baru-baru ini mengumumkan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019
Dengan usia yang sebegitu, Shafinaz seharusnya sudahpun berehat ataupun membuat kerja-kerja ringan yang tidak memerlukan kudrat yang banyak.
Namun buat ibu ini, dia percaya segala usaha dan kerja yang dilakukannya ini akan memberikan pulangan yang berhasil.\
“Sekiranya anda rajin dan percaya pada diri sendiri, harapan tidak akan hilang sekaligus membantu anda menempuhi waktu-waktu yang sukar ini”
Shafinaz Melissa