fbpx
Now Reading
Saintis Luar Gusar Dengan Keberkesanan Vaksin Covid-19 Rusia

Saintis Luar Gusar Dengan Keberkesanan Vaksin Covid-19 Rusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Negara Rusia menjadi tumpuan dunia selepas Presidennya, Vladimir Putin baru-baru ini mengumumkan negara mereka berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 yang didambakan penduduk seluruh dunia.

Berita itu diumumkan selepas hampir dua vaksin berkenaan yang diberi nama Sputnik V diuji terhadap manusia seolah memberi sinar baru kepada penduduk dunia seluruh dunia.

Tidak menunggu lama, WHO kemudiannya dilaporkan terus bekerjsama dengan Rusia dalam menguji vaksin tersebut.

Namun disebalik pengumuman tersebut, timbul suara-suara dari kalangan orang luar e termasuk para saintis yang meluahkan rasa kurang yakin dengan vaksin Sputnik V dan mendakwa ianya belum lagi dibuktikan keberkesannya.

Malah ramai turut mempersoalkan tindakan kerajaan Rusia untuk melancarkan vaksin tersebut lebih awal sebelum ianya diuji sepenuhnya mengikut prosedur serta fasa yang ditetapkan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai respons dari masyarat dunia dimana ada merasakan ianya seolah menghalang usaha Rusia untuk menawarkan vaksin terlebih dahulu sebelum Amerika Syarikat.

Apatah lagi semua orang tahu sekiranya ia benar-benar berkesan penjualan vaksin ini bakal memberikan satu advantage buat Rusia serta mampu meningkatkan ekonomi mereka memandangkan permintaan vaksin yang begitu dari seluruh dunia.

Namun sekiranya vaksin Sputnik V yang sudah didaftarkan terbukti tidak berkesan pasti Putin dan pasukannya akan malu besar memandangkan mereka sudahpun menghebahkannya kepada seluruh dunia.

Setakat ini, meskipun sudah berstatus vaksin Covid-19 yang pertama didunia, ianya masih lagi diuji sebelum bersedia ditawarkan kepada orang ramai seluruh dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.