fbpx
Now Reading
“Tenang Je Jawab..”- Interview Budak 46 Bersama Meletop Raih Perhatian Ramai

“Tenang Je Jawab..”- Interview Budak 46 Bersama Meletop Raih Perhatian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CDwCZmxpXS9/

Pengguna aplikasi Tiktok, pasti mengenali Budak 46, yang kerap mencuri tumpuan ramai dengan aksi slow motion yang dilakukannya secara manual.

Terbaru Budak 46 atau nama betulnya Ammar telah dijemput menjadi tetamu untuk program hiburan popular, Meletop.

Ammar yang hadir ditemani ibunya Puan Asmah Wati Ramli turut meluahkan rasa gembira kerana dijemput hadir ke program tersebut.

Bercerita mengenai pembabitannya di TikTok, Ammar yang kini dikenali sebagai Raja Slo-Mo menjelaskan kepada hos Nabil Ahmad dan Kak Lina Pom Pom yang dia pada mulanya hanya mencuba berkongsi video secara suka-suka dan langsung tidak terfikir akan dikenali sehinggakan gaya slo-mo yang dilakukannya kini menjadi ikutan ramai

“Dulu mula-mula saya sekadar bermain sahaja. Tapi saya tak tahu pula boleh sampai jadi popular macam ni”

Buat Puan Asmah pula, dia yang dulu berasa pelik dengan aktiviti anaknya bagaimanapun kini mula menyokong minat Ammar.

Tambah Ammar, dia turut memberitahu akan kembali aktif di saluran Youtube miliknya dengan menambah baik kontennya  dengan pelbagai idea-idea baru.

Di penghujung temubual, Nabil dan Elly Mazlein juga turut mengambil kesempatan untuk menghasilkan video slow motion bersamanya

Jelas temubual tersebut yang di muat naik di Laman Youtube Meletop telah menarik perhatian netizen dengan respons yang berbeza.

Ada yang memuji gayanya menjawab yang dilihat professional tidak kurang yang terhibur dengan temual tersebut. Ramai juga yang turut memuji gaya slow motion yang dilakukannya secara manual yang dilihat benar-benar menjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.