fbpx
Now Reading
5 Tempat Unik Di Dunia Yang Haramkan Pengunjung Wanita

5 Tempat Unik Di Dunia Yang Haramkan Pengunjung Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan semoden mana dunia masa kini, masih terdapat segelintir manusia yang masih berpegang teguh pada kepercayaan-kepercayaan tradisional.

Namun diantara kepercayaan-kepercayaan tersebut, terdapat beberapa dari nya yang dilihat tidak lagi relevan diamalkan oleh dunia barat terutamanya pantang larang dan adat yang membabitkan segregasi antara kaum lelaki dan wanita.

Sebagai contoh adat tradisional yang menghalang wanita dari memasuki sesuatu lokasi. Aik ada lagi yang wujud ke?

Ada.. di tempat sebegini mereka bukan sahaja dihalang dari memasuki kawasan tersebut malah dilarang kerasa berada berdekatan dengan tempat berkenaan dan adat ini tetap dipertahan dari turun temurun.

Jadi di bawah kami kongsikan lima tempat di dunia yang mengharamkan kehadiran kaum wanita ditempat tersebut.

#1 Pulau Okinoshima (Jepun)

Pulau Okinoshima yang terletak di Fukuoka, Jepun bukan satu pulau biasa. Ia dianggap tempat suci oleh masyarakat di sana terutamanya Munakata Taisha dimana mereka mengganggap pulau ini menjadi rumah tuhan dahulukala.

Disebabkan sejarahnya pulau dengan keluasan 240 ekar ini juga merupakan satu tapak warisan dunia selepas mendapat pengiktirafan oleh UNESCO pada tahun 2017.

Pulau ini bagaimanapun tidak menerima kehadiran tetamu wanita. Bukan itu sahaja ia juga hanya menerima kemasukan 200 tetamu lelaki namun hanya sekali bagi setiap tahun iaitu pada 27 Mei.

Pada tarikh tersebut mereka akan melakukan satu ritual sempena memperingati perang yang pernah berlaku berdekatan kawasan tersebut dimana tetamu yang hadir diperlukan berendam di kawasan pantai dalam keadaan berbogel.

Mereka yang tidak berendam dilarang dari memasuki kawasan lain di pulau tersebut.

#2 Gunung Athos (Greece)

Gunung Athos yang dikenali dengan nama Agios Oros yang bermaksud gunung suci merupakan pusat ajaran Ortodoks yang begitu penting di Eropah.

Terletak di Timur Laut Greece, pergunungan yang mempunyai keluasan melebihi 335km persegi merupakan kawasan melatih para sami dari pelbagai tempat di Eropah Timur seperti Rusia, Bulgraria dan Romania.

Bukan hanya kaum wanita malahan haiwan betina juga tidak dibenarkan berada disini atau kawasan pesisirnya . Difahamkan mereka hanya dibenarkan berada pada jarak 500 meter sebelum dianggap sudah melanggar masuk ke kawasan larangan

Tradisi ini dikekalkan mereka sebagai menghormati Virgin Mary yang menukar penduduk kawasan tersebut dari dipenuhi penganut paganisme kepada pengikut ajaran Kristian Ortodoks.

Selepas mengkabul permintaan Mary untuk menjadikan kawasan tersebut kawasannya, penganut ajaran Ortodoks di situ berusaha memastikan hanya Mary satu-satunya wanita yang pernah menjejakkan kaki ke situ.

#3 Kuil Shabarimala (India)

Kuil ini adalah kuil bagi penganut Hindu yang terletak di Kerala, India. Bermula tahun 1991 kuil ini telah menjadikan kawasannnya sebagai kawasan larangan bagi mana-mana wanita yang masih menjalani proses ovulasi.

Namun pada tahun 2018, larangan ini berjaya dimansuhkan selepas mahkamah India mengisytiharkan semua penganut Hindu tanpa mengira jantina harus diberi kebenaran memasuki premis ini.

Semua ini fahamkan bermua selepas larangan tersebut dicabar oleh kumpulan pejuang hak asasi.

Namun undang-undang tempat ini sekali lagi bakal berubah dimana pada penghujung 2019 kerajaan tempatan Kerala berkeras akan kembali mengenakan larangan selepas ini kembali dibuka di mahkamah.

#4 Lorong Herberstrasse (Jerman)

Agak berlainan dari semua lokasi, larangan di Jalan Herberstrasse yang terletak Hamburg ini tidak ada kaitan dengan adat tradisional mahupun kepercayaan agama.

Sebaliknya lorong ini menghalang kemasukan wanita dan kanak-kanak bawah 18 tahun kerana sejarah panjangnya dalan kegiatan pelacuran disini.

Herbertstrasse yang merupakan pusat pelacuran di Hamburg, telah wujud sejak abak ke 19 lagi.

Namun demi memastikan aktiviti ini tertutup dari pandangan masyarakat, kerajan Nazi pada waktu itu telah memutuskan untuk ‘menutup’ lorong ini dengan pagar pengadang

Pagar disini bagaimapun sudah berkali kali diruntuhkan oleh gerakan-gerakan aktivis yang mahu menghalang pengeksploitasian wanita namun ianya tetap gah berdiri semula.

Bukan itu sahaja, larangan untuk wanita masuk berjaya dikekalkan.

Dalam satu tunjuk perasaan sempena hari wanita sedunia pada Mac, 2019, sekumpulan feminis yang lengkap dengan peralatan pertukangan telah berjaya membuka pagar besi tersebut. Namun yang menjadi perosalan orang ramai mereka turun kesana berbogel tanpa berpakaian.

#5 Gunung Omine (Jepun)

Satu lagi tempat suci di negara matahari terbit yang menjadi lokasi penyembahan oleh agama Shugendo, sebuah agama kuno di Jepun.

Mula diasaskan pada abad ke 7 hasil penggabungan ideologi seperti Buddha, Tao, Shinto dan Vajra, ‘Shugendo’ dalam bahasa Jepun membawa makna ‘orang gunung’. .

Untuk lebih 1,300 tahun hanya kaum lelaki saja dibenarkan mendaki ke tokong yang terletak di puncak gunung ini.

Malah ianya berjaya dikekalkan meskipun kerajaan Jepun pada 1872 telah mengharamkan sebarang bentuk dekri yang membabitkan jantina.

Namun sesuatu yang unik dimana kaum wanita disini seolah akur dan menghormati permintaaan para sami disana, Mereka juga langsung tidak menimbulkan sebarang kontroversi seperti yang berlaku di tempat lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.