fbpx
Now Reading
Awas! Panggil Office Mate Dengan Panggilan ‘Sayang’ Boleh Sebabkan Anda Didakwa

Awas! Panggil Office Mate Dengan Panggilan ‘Sayang’ Boleh Sebabkan Anda Didakwa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masalah gangguan seksual di pejabat bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Ianya kerap di bincangkan malah sudah ramai yang dikenakan tindakan undang-undang di atas kesalahan tersebut.

Namun tahukah anda memanggil rakan sekerja dengan panggilan manja seperti ‘dear’, ‘sayang’ juga dikategorikan sebagai satu kesalahan?

Percaya atau tidak ianya sudah pun terjadi dan si pelaku sudah pun dihukum.

Perkara ini difahamkan berlaku di Sarawak dimana si pelaku merupakan majikan manakala mangsanya adalah setiausahanya sendiri.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang peguambela dan peguamcara, Liyana dari Tetuan Liyana & Co di laman Facebooknya.

Di bawah adalah perkongsian beliau :

Kepada para pekerja wanita di luar sana, pernahkah anda mendapat bos yang memanggil anda ‘Sayang’ berkali-kali bukan sahaja melalui percakapan, malah melalui WhatsApp dan memberikan perhatian yang melebih-lebih seperti meminta anda mengambil beliau secara personally di airport, memberikan hadiah seperti minyak wangi dan bunga pada hari Valentines, dan juga memegang anda ketika ingin bergambar beramai-ramai dengan rakan sekerja anda yang lain?

Jika jawapannya adalah YA dan anda sedang mengalami situasi di atas, maka jangan takut dan gentar kerana undang-undang ada di sini untuk menyelamatkan anda!

Bos didapati bersalah dan kemudian dipecat

Dalam kes terbaru yang diputuskan di Mahkamah Industri L M v.Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR , seorang boss telah dipecat oleh majikannya kerana didapati bersalah di atas tuduhan melakukan sexual harassment atau gangguan seksual ke atas setiausaha beliau.

Boss tersebut telah didapati bersalah di atas tuduhan memanggil Setiausahanya dengan panggilan “Sayang” secara berkali-kali bukan sahaja dalam komunikasi WhatsApp, malah apabila berada dalam mesyuarat rasmi bersama staf lain

Pelaku cuba menafikan namun bukti tunjuk sebaliknya

Lelaki ini kemudiannya menafikan perkara tersebut dan menyatakan panggilan berkenaan sudah dipersetujui oleh setiuasahanya itu malah dia kononnya sudah menganggap pekerjanya itu seperti anak sendiri

Boss yang telah dipecat ini telah cuba berdalih dan memberikan alasan kepada Mahkamah bahawa panggilan ‘Sayang’ tersebut telah dibenarkan oleh Setiausahanya dan menganggap bahawa Setiausahanya adalah seperti anaknya sendiri.

Bukti sepanjang prosiding Mahkamah menunjukkan sebaliknya di mana Setiausaha boss tersebut tidak suka dan berasa amat malu apabila bos beliau memanggilnya dengan panggilan tersebut berkali-kali malah pada waktu mesyuarat rasmi yang membuatkan ramai rakan sekerja yang lain mengusiknya sebagai “Sayang Boss’

Minta setiausaha beli baju agar kelihatan cantik untuk majis makan malam

Selain dari menggunakan pangilan terebut, dia juga kerap bersalaman untuk satu ‘tempoh yang agak lama’ bersama mangsa malah pernah membelikan losyen kulit untuk wanita berkenaan agar tangannya sentiasa lembut.

Bahkan dia juga bertindak meminta wanita berkenaan untuk membeli sepasang baju baru yang akan digunakan untuk majlis makan malam anjuran syarikat dengan alasan mahu setiausahanya itu dilihat paling cantik pada majlis tersebut.

Selain dari itu juga, Boss ini telah meminta setiausahanya membelikan baju untuk teambuilding dinner dengan mengatakan bahawa dia mahu setiausahanya kelihatan yang paling cantik pada majlis makan malam tersebut.

Bos ini juga kerap meminta setiausahanya bersalam tangan dan memegang tangan setiausahanya secara lama dan memberi komen bahawa tangan Setiausaha tersebut adalah kasar dan boss tersebut telah membelikan setiausaha tersebut losyen tangan kerana ingin kulit tangannya lembut dan mulus.


Bukan itu sahaja malah Boss ini tidak mahu driver mengambil beliau di airport dan telah meminta Setiausaha ini menjemputnya sendiri yang merupakan di luar skop kerja Setiausaha tersebut.

Setiausaha bertindak letak jawatan

Tidak tahan dengan keadaan tersebut wanita ini kemudiannya bertindak meletakkan jawatan. Namun bukti serta saksi akhirnya mendedahkan apa yang menjadi punca wanita ini memilih untuk berhenti bekerja.

Pada asalnya Setiausaha ini telah resign kerana tertekan dengan tindakan gangguan seksual bossnya ini, namun undang-undang maha adil, hasil siasatan mendapati bahawa memang Boss yang durjana dan tak betul ini memang bersalah di atas kesemua tuduhan berdasarkan saksi dan bukti-bukti yang kukuh.

Laporkan aduan kepada HR

Di akhir perkongsiannya, Liyana meminta kaum wanita yang bekerja di luar sana untuk segera membuat aduan kepada HR berserta bukti yang kukuh sekiranya berdepan masahal yang sama.

Kepada para wanita diluar sana, jika anda adalah mangsa gangguan seksual bos yang gatal tak sedar diri di tempat kerja anda, silalah lodge a complain to HR anda secepat yang mungkin mengenai perkara ini berserta dengan bukti yang kukuh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.