fbpx
Now Reading
Kerap Tayang Lifestyle Mewah Di IG Akhirnya Jadi Punca Instafamous Ini Ditangkap

Kerap Tayang Lifestyle Mewah Di IG Akhirnya Jadi Punca Instafamous Ini Ditangkap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan terdapat segelintir individu menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kemewahan dan gaya hidup mereka.

Namun buat instafamous dari Nigeria ini, Ray Hushpuppi atau nama betulnya Ramon Olorunwa Abbas, tindakannya menayang-nayang aset dan barangan yang dimiliknya di media sosial akhirnya memakan diri.

Dengan pengikut seramai 2.5 juta, Ray tanpa dia sedari telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya.

Ini kerana lelaki ini sering memberitahu orang ramai semua yang dimiliknya ini hasil dari perniagaan yang diusahakannya tanpa memberitahu apa jenis perniagaannya kepada orang ramai,

Selepas 4 bulan memantau pergerakannya secara senyap, pihak FBI akhirnya berjaya membongkar sindiket dan identiti sebenar instafamous yang begitu kaya-raya ini.

Ray Abbas yang mempunyai 12 orang ‘partner’ sekerja merupakan online scammer yang memberi fokus kepada sasaran di United Kingdom.

Modus operandi kumpulan ini adalah dengan menghantar e-mail palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak di Liga Perdana Inggeris.

Berbekalkan kepakaran IT yang mereka miliki, mereka akan menembus masuk ke data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut justeru memindahkan wang yang berjaya dicuri ke beberapa akaun palsu yang di miliki mereka di serata dunia

Semua tranksaksi ini dilakukan secara online dan hasilnya mereka berjaya memindahkan wang berjumlah jutaan dollar setiap hari. 

Namun bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirya jatuh ke tanah juga. PihakFBI yang berjaya mengumpulkan cukup bukti, akhirnya dengan kerjasama Polis Dubai telah merancang penangkapan Abbas di tempat rumahnya di sebuah penempatan mewah di pusat bandar Dubai.

Menamakan operasi khas mereka, ‘Operation Fox Hunt 2’. FBI dan Polis Dubai akhirnya berjaya memberkas Abbas dan pasukannya pada malam tersebut ketika mereka sedang nyenyak tidur. 

Malah Polis Dubai telah membuat rakaman video khas bagi operasi mereka pada malam tersebut.

Ray dan ‘partners in crime’ lainnya kemudian di bawa ke Amerika Syarikat sebelum telah dihadapkan ke mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat atas perbuatannya. 

 Menurut kertas pertuduhan Ray Hushpuppi serta krewnya didakwa terlibat dalam penipuan dan penggubahan wang haram di dua benua dengan nilai melebihi 100 juta dollar

Namun satu fakta menarik yang perlu anda tahu, Raya juga sebelum ini pernah menetap di Malaysia .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.