fbpx
Now Reading
Netizen Persoal Motif Kedutaan AS Kongsi Perbandingan Rupa Kawasan Hutan Di Sarawak & Brunei

Netizen Persoal Motif Kedutaan AS Kongsi Perbandingan Rupa Kawasan Hutan Di Sarawak & Brunei

Bandingkan epal dengan oren kot

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/usembassybsb/photos/a.284032664961475/3433999563298087/?type=3

Kedutaan Amerika Syarikat di Bandar Seri Begawan, Brunei baru-baru ini telah memuat naik satu foto dari satelit yang memperlihatkan perbezaan kawasan hutan di antara Sarawak dan negara jiran Brunei.

Menerusi imej yang diambil dari The National Aeronautics and Space Administration (NASA) ianyanya jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara kedua tempat dimana hutan-hutan di Sarawak dilihat seperti sudah ditarah teruk sehingga menampakkan warna tanah, sedangkan sebaliknya pula berlaku di Brunei.

Menerusi posting sama pentadbir Kedutaan AS di Brunei tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia sebagai usaha menyediakan ladang penanaman kepala sawit telah menggunakan ruang tanah yang ada dengan begitu agresif

“On Brunei’s side, the virgin forest is preserved with few roads. On the Malaysian side, a spider web of small roads indicates intensive land use clearing the forest for palm oil plantations.”

Mereka turut memaklumkan imej berkenaan yang mencakupi kawasan seluas 38 X 38KM diambil dari simpanan NASA yang dirakam pada tahun 2012 menggunakan ASTER, sejenis peralatan yang dikendalikan oleh pihak AS dan Jepun.

Perkongsian tersebut jelas menarik pehatian netizen dari kedua negara. Ada yang bersetuju dengan maklumat berkenaan dan tertanya tanya apakah keadaan di kawasan berkenaan sekarang memandangkan gambar berkenaan adalah pada tahun 2012 namun majoritinya dilihat tidak bersetuju dengan perbandingan tersebut.

Ini kerana ramai berpendapat, pihak kedutaan AS seharusnya membuat perbandingan yang adil bukan seperti perbandingan antara epal dan oren.

Jelas mereka foto tersebut menunjukkan kawasan yang mewakili Sarawak merupakan kawasan komersial bagi ladang kelapa sawit dipercayai di Marudi, Baram manakala imej kawasan dari Brunei pula mewakili kawasan hutan simpan negara berkenaan iautu Hutan Simpan Bukit Labi

Malah terdapat segelintir yang turut mempersoalkan tindakan pentadbir laman berkenaan seolah olah cuba melagakan netizen dari kedua negara.

Namun begitu terdapat segelintir netizen yang bersetuju dengan kegusaran yang diutarakan pentadbir kedutaaan AS memandangkan isu membabitkan penyalahgunaan hutan memang harus dititikberatkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.