fbpx
Now Reading
Tak Jelas & Buruk, Ini Sebab Tulisan Doktor Macam Cakar Ayam

Tak Jelas & Buruk, Ini Sebab Tulisan Doktor Macam Cakar Ayam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai orang bersetuju jika kami katakan kebanyakan doktor tulisannya cakar ayam dan sukar difahami.

Namun yang peliknya dengan tulis sedemikian, berikan sahaja kepada ahli farmasi atau jururawat pasti mereka dapat menterjermahkan apa yang ditulisnya oleh si doktor tadi.

Sebenarnya kebanbyakan mereka sebenarnya sama seperti kita mampu menulis dengan cantik, tetapi suasana kerja mereka yang memerlukan mereka untuk menulis dengan cepat dan pantas

Seorang pakar perubatan, Celine Thum dari ParaDocs Worldwide memberitahu, selain merawat tugas lain doktor adalah perlu mencatatkan semua perkara berkaitan pesakit untuk dijadikan rekod perubatan mereka.

“Apa pun yang anda beritahu doktor, ia perlu ditulis sebagai sejarah perubatan anda,” katanya

Bayangkan mereka perlu merawat 100 orang pesakit setiap hari. Adakah anda rasa mereka akan mempunyai masa yang cukup? Mesti tak bukan..

Keadaan ini menyebabkan mereka perlu menulis secepa yang boleh.

“Bayangkan anda perlu memeriksa pesakit dan mencatat semua perkara mengenai pesakit selama 10 hingga 12 jam sehari dengan tangan, pasti akan berasa letih,” katanya lagi.

Tambah Celine lagi, selain dari tulisan mereka akan menjadi lebih buruk kerana otot-otot kecil di tangan terlalu banyak bekerja, kebanyakan doktor juga lebih suka menggunakan simbol memandangkan banyak istilah perubatan sukar ditulis dengan tangan

Lihat contoh di bawah :

Siapa sangka tulisan berkenaan sebenarnya membawa maksud paracetamol. Namun tunjuk sahaja pada mana-mana petugas perubatan pasti mereka mampu menterjermahkannya.

Namun satu yang harus korang tahu.. disebalik tulisan cakar ayam ini, ahli perubatan sebenarnya sangat berwaspa stiap kali menulis laporan atau presrikpsi kerana satu kesalahan kecil boleh memberikan kesan yang besar terhadap pesakit mereka

Contohnya kata Celine, singkatan ‘mg’ atau ‘mcg’, biasanya doktor akan menulis dalam perkataan penuh, ‘miligram atau ‘mikrogram’.

Difahamkan sebuah laporan pada 2006 mendapati, lebih 7,000 pesakit meninggal dunia kerana kesalahan tulisan yang sukar dibaca.

Atas sebab itu juga, kini kebanyakan doktor dan hospital sudah menggunakan alatan elektronik bagi mencatat semua perkara mengenai pesakit bagi mengurangkan kesalahan.

Jadi kini anda sudah faham bukan kenapa tulisan para doktor semuanya sama buruk dan cakar ayam?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.