
Iphone 12 Dijangka Akan Dilancarkan 12 Oktober Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat peminat dunia digital terutamanya peminat barangan Apple, mereka pasti tahu yang syarikat gergasi dari California ini kerap melancarkan model terbaru mereka pada bulan September setiap tahun
Namun agak berlainan dari biasa, Apple dijangka melancarkan iphone 12 mereka sebulan lewat dari biasa susulan dari penularan wabak Covid-19 yang telah mengganggu timeline dalam penghasilan model tersebut.
Memetik Apple Hub, meskipun tiada kenyataan rasmi dari Apple mengenai tarikh pelancaran, Jon Prosser seorang penganalisa teknologi yang kerap berkongsi mengenai perkembangan mengenai Apple telah memuat naik Tweeet menyatakan Iphone 12 akan dilancarkan pada 12 Oktober 2020.
Jon Prosser (@jon_prosser) has shared information regarding possible upcoming Apple event and product shipping dates pic.twitter.com/3ntn6IqV8v
— Apple Hub (@theapplehub) August 13, 2020
Ramai yang merasakan tarikh 12 Oktober itu dipilih selari dengan siri terbaru iphone itu sendiri iaitu Iphone 12. Tambah Jon ianya juga akan dibuka untuk tempahan pada tarikh yang sama, dan mereka yang menempah akan mula menerima peranti tersebut 1 minggu kemudiannya.
New, adjusted Apple dates!
— Jon Prosser (@jon_prosser) August 12, 2020
Apple Watch & iPad
– Via press release
– Week 37 w/c Sep 7
iPhone 12 event
– Week 42 w/c Oct 12
iPhone 12 devices
– Preorders week 42 w/c Oct 12
– Shipping week 43 w/c Oct 19
iPhone 12 Pro devices
– Preorder and shipping in Nov (no exact date yet)
Dalam pada itu, Jon menjangkakan mereka yang mahukan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max perlu menunggu sedikit masa dimana ia hanya akan bersedia menerima tempahan sedikit lewat dari model 12.
Secara ringkasnya, penganalisa teknologi sebelum ini menjangkakan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan hadir dengan processor Apple A14 dan RAM 6GB selain peningkatan kualiti kamera.
The iPhone 12 Pro will feature major improvements including larger and more advanced displays, better performance, big camera improvements, and 5G support. Are you considering upgrading to the iPhone 12 Pro or iPhone 12 Pro Max? pic.twitter.com/tBrTX6eKjd
— Apple Hub (@theapplehub) August 12, 2020