fbpx
Now Reading
“Alhamdulillah Hafizh Okay” – Isteri Hafizh Syahrin

“Alhamdulillah Hafizh Okay” – Isteri Hafizh Syahrin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CD9fKsRCqvj/https://www.instagram.com/p/CD-GalBJ5AN/

Semua rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan permotoran semalam dikejutkan dengan insiden kemalangan ngeri yang melibatkan pelumba Moto 2 Negara, Hafizh Syahrin dan pelumba lain di di Litar Red Bull Ring, Austria.

Susulan kemalangan tersebut ramai meluahkan rasa khuatir dengan keadaannya apatah lagi dia dilihat terbang ke udara ekoran dari impak perlanggaran tersebut sehingga dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi yang dihubungi media kemudiannya berkata yang Hafizh dalam keadaan baik . Namun ramai masih tertanya tanya kondisi sebenar Hafizh yang lebih dikenali dengan panggilan El Pescao.

Hafizh sedar dan dalam keadaan yang baik

Orang ramai bagaimanapun mula menarik lafas lega selepas isterinya, Suzana Manaf mengesahkan yang suaminya dalam keadaan baik meskipun dilihat memerlukan tongkat untuk berjalan

Menerusi IG story Suzana turut memuat naik video Pescao yang masih berada di sana untuk tatapan orang ramai.

Dia juga dilihat sihat dan masih mampu berbual dengan rakan sepasukan yang mengunjunginya.

Kami di Buzzkini mendoakan agar Hafizh Syahrin segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.