Now Reading
“Asal Kelatan, Patutlah Pengotor” – Hanya Kerana Masak Mi Segera Dalam Baldi Pemuda Ini Dikecam Hingga Babitkan Negeri

“Asal Kelatan, Patutlah Pengotor” – Hanya Kerana Masak Mi Segera Dalam Baldi Pemuda Ini Dikecam Hingga Babitkan Negeri

Satu Malaysia buat benda yang sama kot

Tanya pada siapa sahaja yang pernah hidup dan membesar di asrama, antara momen yang paling diingati semasa disana pastinya aktiviti makan mi segera beramai-ramai.

Bagaikan sudah menjadi satu perkara wajib dan yang paling menariknya ada yang turut memasak mi segera dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan baldi.

Perkara sama turut dilakukan seoarang pelajar ini,Muhammad Musafir Kelana, 18 bersama rakan-rakan sebiliknya. Namun niat dia berkongsi video berkenaan menyebabkan dia dikecam hebat oleh segelintir netizen dan disifatkan pengotor.

“Saya baru lapan hari mendaftar sebagai pelajar. Hari tu kami cuti, jadi kami masak 10 bungkus mi segera untuk lapan orang dalam baldi.

“Saya kongsi video di Twitter, tak sangka orang kecam. Saya faham kenapa mereka kecam. Kalau saya jumpa baldi yang berkerak pun saya tak akan makan.

“Tapi kami guna baldi baharu. Memang tak sempat guna untuk cuci baju lagi sebab baru masuk asrama,” kata penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor itu.

Lebih mengejutkan dia tidak hanya dikecam malah penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal ini turut dilemparkan kata kasar dengan ada segelintir mereka yang bermain dengan sentimen kenegerian

Meskipun tidak mengambil pusing dengan kata-kata mereka Musafir berharap mereka di luar sana agar sentiasa menjaga adab dan mengelakkan dari bermain dengan sentimen kenegerian.

“Masa sekolah menengah, lima tahun saya duduk asrama. Jadi saya dah biasa. Saya gelak je baca komen, mungkin mereka geng-geng makan atas pinggan seramik 24 jam.

See Also

“Saya faham, lain orang, lain cara membesar. Pesanan saya, nak judge atau sampaikan kritikan tu, biarlah beradab. Ada yang main sentimen negeri. Saya asal dari Kelantan, dia kata patutlah pengotor

“Sebenarnya mak saya orang Kelantan, tapi saya lahir di Kedah,” ujarnya lagi.

Dia bagaimanapun sama sekali tidak menyangka video yang dimuatnaiknya telah ditonton lebih sejuta kali sejak ianya dikongsi beberapa hari lalu.

Namun sebagai seorang yang positif ,segala kata yang dilemparkan oleh mereka langsung tidak meninggalkan sedikit kepada Muhammad.

ยฉ 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.