fbpx
Now Reading
Tapak Kaki Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Ditemui Di Kelantan

Tapak Kaki Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Ditemui Di Kelantan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat rakyat Malaysia berita seperti penemuan fosil dinosour bukanlah berita yang sering kita dengarkan.

Namun penemuan tapak kaki haiwan pra sejarah ini di Kelantan ini benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Difahamkan penemuan oleh sekumpulan pengkaji daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini dianggarkan berusia puluhan hingga jutaan tahun.

Menurut Ketua Penyelidik yang juga Pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB) di UMK ,Arham Muchtar Achmad aktiviti mengkaji berkenaan sudahpun bermula pada Mei 2017 lagi dan selepas tiga tahun pencarian mereka berjaya menemukan fosil tapak serta laluan trek dinosaur dari spesies Sauropod.

“Penemuan ini membuktikan bahawa satu masa dulu dijangka antara 160 hingga 66 juta tahun lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan.

Foto : Sinar Harian

“Ini adalah salah satu penemuan dari banyak penemuan lain hasil aktiviti eksplorasi dan penyelidikan yang kami laksanakan di Kelantan,” katanya.

Tambahnya lagi , pasukan penyelidikan tersebut turut menemukan tujuh tapak kaki fosil spesies Sauropod berukuran purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang tercetak di atas Batu Pasir Kuarsa dari Formasi Panau seluas 60 meter (m) persegi.

“Fosil Sauropod itu dianggarkan berusia antara 65 hingga 160 juta tahun lepas iaitu pada kala Jura akhir sehingga Kapur awal,” katanya.

Lanjutan daripada penemuan tersebut, pihak FSB dan UMK telah menerbitkan jurnal ilmiah bertajuk ‘The Sauropod Dinosaur Trackways from Tanah Merah, Kelantan’.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.