fbpx
Now Reading
Foto Lelaki Dukung Ibu Di Majlis Akad Nikah Undang Sebak Netizen

Foto Lelaki Dukung Ibu Di Majlis Akad Nikah Undang Sebak Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/senimanvisualfotografi/posts/1910718915736709

Kasih ibu tiada galang gantinya, 9 bulan membawa kandungan dan kemudianya melahirkan, malah keredaan seseorang itu bergantung kepada redanya si ibu

Terbaru, tular di media sosial beberapa keping foto di satu majlis pernikahan yang dikongsikan laman Facebook, Seniman Visual memperlihatkan nilai kasih sayang seorang anak serta pengorbanan ibunya yang mahu melihat kebahagiaan si anak

Si anak yang merupakan pengantin lelaki dilihat telah mendukung ibunya yang berkerusi roda sebelum di bawa masuk ke ruangan masjid, tempat berlangsungnya majlis pernikahan.

Himpunan foto tersebut jelas mengundang rasa sayu dikalangan netizen, malahan buat pengendali laman facebook tersebut sendiri

Jelasnyanya, majli berkenaan merupakan majlis akad nikah yang paling sebak pernah mereka hadiri dimana hampir kesemua yang hadir dilihat menitiskan air mata.

“Sebak bila melihat seorang mak sanggup datang ke majlis akan nikah anaknya demi memenuhkan hasratnya..

“Tangislah, tangislah untuk melepaskan segala yang terpendam.
Jika kamu masih mempunyai wanita yang bergelar MAK, sayangilah mereka dan jagalah mereka sebaiknya kerana segala doa daripada dia akan termakbul..

“Secara jujur, inilah majlis akad nikah yang paling sebak pernah kami shoot.. kesemua yang hadir berlinang air mata.. ” tulisnya di kapsyen

Kepada anda diluar sana yang masih mempunyai ibu, sejauh mana anda melangkah atau dimana saja anda berada , ingatlah jangan pernah terlupa untuk berbudi dan menabur bakti kepada kedua orang tuamu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.