fbpx

Lama Berkelana Di Jepun, Lelaki Ini Terkejut Perbezaan Ketara Gaji Diantara Engineer Di Sana & Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=349270236100773&id=100030533974105&__xts__%5B0%5D=68.ARDUjiCwLajySbwZpsHyoiy96YICda5W9OXGEkMaxGafkcddb6Emb2w5s5kx-jIP42HNmqVf_yCFptWBARQ0IzvG22SpZMqchH4NaOzZgUcnEoChBmT6CZmrgaGxrBY7gSCVUcJ8ILBIyqj7Rhc8uZp7S7M0YG7hRJ287QSx-W2Fjjk-59Up40m8KyHc3ZIKVau9qqJnCeZGKG8sVXYm7pWSbI2RV05G27V1zTB1SKZx5Zx7KqRsONecv2NODkReRy6JUeIYrOwvklx52YODK4M7wM2FEwN-&__tn__=-R

Pasti ramai bersetuju kalau kami katakan ramai rakyat Malaysia mengimpikan untuk bekerja di negara maju atau negara membangun .

Semua ini kerana benefit dan gaji yang tinggi bersesuaian dengan posisi dan peranan yang dipegang mereka.

Antara bidang yang menjanjikan pulangan yang tinggi pastinya golongan professional seperti perubatan, cari gali, dan kejuruteraan.

Namun percaya atau tidak, tak semua rakyat Malaysia yang sudah sekian lama menetap di luar negara tahu situasi tersebut yang berlaku di dalam negara.

Seperti lelaki ini, Ahmad Sabri dia yang asalnya sedang mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air tercinta pasti akan membatalkan hasratnya selepas terkejut dengan jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang yang bergelar Engineer dalam negara.

Jelasnya banyak yang perlu ditimbangkan antara kos sara hidup dan keperluan mempunyai kenderaan sendiri disini sekiranya ingin kembali ke Malaysia

Ikuti perkongsian lelaki ini di bawah :

Gaji Undervalued?

Pekerja di Malaysia undervalued? Baru-baru ni Abang Sabu sengaja cari kerja di Malaysia. Terkejut tengok! Requirements untuk kerja engineer terlalu tinggi dan job scope terlalu luas. Tengok balik gaji yang ditawarkan, cuma RM2,500 sebulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya, memang betul. Gaji RM2,500.

Kawasan kerja di Puchong dimana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar. Kos pengangkutan, tol, minyak dan parkir pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat ‘kena ada kenderaan sendiri’ pula dimana menelan kos sekitar RM300 sebulan

Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insuran dan KWSP adalah sekitar RM 1,500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.

Perbezaan kos sara hidup antara Malaysia dan Jepun

Lepas itu banding pula kerja engineer yang hampir sama di Jepun. Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Gaji bersih yang boleh dikumpul adalah sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insuran dan KWSP.

Sewa rumah sekitar RM2,000-3,000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan. Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Foto sekadar hiasan

Malah ada juga yang beranggapan kehidupan mereka disana bukan sahaja jauh lebih baik malah lengkap serba-serbi apatah lagi pendapatan di sana jika ditukar kesini pasti berlipat ganda jadinya.

Engineer hanya gah pada nama bukan dari sudut kewangan

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid? Bagi saya rasanya pekerja profesional di Malaysia sangat underpaidEngineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi. Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar daripada bidang engineer.

Ini punca graduan Engineering dari Jepun lompat bidang pekerjaan

Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan? Maaf, panjang pulak meroyan. Saya hanyalah slowly mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.

Siapa nak kerja Jepun? Basically kena pandai cakap Jepun sebab mereka tak reti bahasa lain selain Jepun. JLPT N2 sudah memadai. Kalau nak kerja illegally ada sahaja. Tapi nanti kena kerah atau tipu tak ada siapa nak back up. Risiko tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.