Sindir Peniaga Yang Tak Capai Sales RM1 Juta Sebulan, Netizen Hentam Azizan Osman
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama penceramah motivasi Azizan Osman menjadi perbualan hangat netizen sejak dua hari lalu gara-gara tweet yang dimuat naiknya di Twitter
Menerusi perkongsian tersebut yang dilakukannya pada 16 Ogos, Azizan difahamkan cuba mendorong para peniaga untuk melakukan lebih banyak jualan .
Namun kata-kata yang digunakannya oleh pengasas syarikat Richworks ini dakwa netizen seolah menyindir golongan peniaga yang tidak tdapat mencapai jualan sebanyak RM1 juta sebulan.
“Berniaga ke isi masa lapang?”
Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai gara-gara ayat yang dikeluarnya seolah mempersoalkan motif utama golongan sama ada mereka memang serius berniaga atau hanya sekadar menghabiskan masa lapang
Netizen yang terdiri dari golongan peniaga dan yang berlatarbelakangkan keluarga yang berniaga sendiri kemudianya dilihat tampil mengeluarkan pendapat masing-masing dan jelas tidak bersetuju dengan kata-katanya
Tweet berkenaan kemudian semakin sangat selepas di retweets dan mendapat lebih dari 2,500 kali.
Awak ni cakap macam mudah. Jangan ingat rezeki tu pada nilai duit sahaja. Sihat , masa lapang , keluarga harmoni , tiada kesempitan dalam berbelanja ikut keperluan… semuanya sudah cukup tanpa perlu fikir nak 1 juta setahun sebulan seminggu sehari bagai.
— amin iman (@MDPahang) August 16, 2020
Mak saya berniaga, hasil duit tu dia bayar yuran kolej saya setiap sem🙂 xperlu ambil ptptn🙂. Hasil duit itu juga mak saya membesarkan adik2 saya dengan secukupnya dan hasil duit itu juga mak saya boleh tambah bussiness baru. ADAKAH MAK SAYA BUAT SEMUA NI UTK ISI MASA LAPANG??
— chefjangthick✨🇲🇾 (@callmeanjang171) August 17, 2020
Mcm 1 hinaan utk km yg di bsrkan dlm klarga yg sdrhana. Abah dgn arwah mak meniaga psr mlm. Tp alhamdulillah xdak pulak hidup sampai xdak benda nak makan. Duit belanja sekolah dan universiti pun xdak pun mengemis mntk simpati pd org. Mgkin rezeki tuan dpt 1 juta tu tapi x utk km
— 🅻🆈🆉🅰_🅰🅲🆄🅴 (@Arieza2) August 17, 2020
Ada orang berniaga untuk hidup. Ada yang berniaga untuk kaya. Mak aku berpuluh tahun berniaga takde dpt sejuta pun tapi anak anak dia seronok je hidup. Lama jugak mak aku isi masa lapang. https://t.co/2YgexPsSep
— pa'ihihi (@norfaizzz) August 18, 2020
Hanya strategi pemasaran
Namu ada juga yang merasakan ini hanyalah satu strategi pasaran oleh penceramah motivasi ini .
rileks semua. ini marketing strategi. nak bagi trending kena la buat ayat2 mcm tu. skarang dah nampak kan statement dia ada di mana2.
— NA (@nasaffie) August 17, 2020
Sama macam DDN friends punya statement, "biar x hensem janji kaya"