fbpx
Now Reading
“Teguran Staf Kami Dibalas Kata-Kata kesat!” – Ini Respon Aliff Syukri Selepas Tular Keluhan Atlet Parkour [Video]

“Teguran Staf Kami Dibalas Kata-Kata kesat!” – Ini Respon Aliff Syukri Selepas Tular Keluhan Atlet Parkour [Video]

Dah macam kenduri pulak orang dalam CCTV tu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CD-muNiFWb0/https://www.instagram.com/p/CD_jabqJiQP/

Hujung minggu lalu tular keluhan seorang atlet parkour Abudi Alsagoff mengenai pengalaman kurang memuaskan yang dialaminya bersama keluarga sewaktu menginap di resort yang diusahakan usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian tersebut , dia turut menyenaraikan 14 perkara yang menjadi masalah pada resort tersebut iaitu Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik antaranya isu kebersihan, penyelenggaran dan mutu customer service yang perlu dipertingkatkan.

Malah lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan video penemuan lipas di dalam peti sejuk biliknya.

Perkongsian tersebut kemudiannya mula mencetuskan perang mulut diantara mereka berdua apabila Abudi mendakwa Aliff telah mengugutnya dengan meminta dia memadamkan status Facebook tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Ini respon Aliff

Terbaru menerusi Instagram, Aliff akhirnya menjawab beberapa isu yang dibangkitkan lelaki berkenaan.

Bukan itu sahaja usahawan ini turut memuat naik naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sikap sekumpulan pengunjung yang dilihat seperti rusa masuk kekampung sewaktu menginap di resort.

Tidak diketahui sama ada mereka yang didalam footage tesebut adalah dari keluarga pemuda berkenaan namun dari gaya percakapan dan penjelasan Aliff seolah-olah ia adalah dari kalangan keluarga mereka.

“Jaga adab dan etika ditempat orang… untuk maklumat pihak tuan, semasa kejadian saya tiada di sana, jika tuan maklum memang kebiasaannya saya berada untuk memantau keadaan bagi memastikan pelanggan berada dalam keadaan baik.

“Isu takut anak terjatuh bermain di lobi… saya rasa tuan juga maklum lobi bukan ruangan bermain dan ia adalah ruangan menunggu tetapi keluarga tuan telah pun bermain bola dan makan beramai-ramai di lobi… baring di atas sofa dan mengalihkan perabot dari tempat asal.

Lebih mengejutkan apabila Aliff mendedahkan seorang pekerjanya yang berasal dari Indonesia telah diugut oleh salah seorang keluarga pemuda berkenaan selepas dia cuba menegur kelakuan mereka dengan kata-kata kesat .

“Pekerja kami warganegara indonesia ada juga menegur tetapi dibalas dgn kata-kata kesat oleh pihak keluarga tuan dgn kata2 spt berikut ’Orang Indonesia tak layak tegur orang Malaysia dan nanti saya bunuh kamu dan campak Ke laut’

Malah tambah Aliff pihak keluarga atlet berkenaan juga telah mengadakan makan-makan berupa kambing Aqiqah di kawasan kolam renang tanpa kebenaran pihak resort

Apa pun yang terjadi kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik secara empat mata tanpa melibatkan media sosial.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.