fbpx

Lain Dari Lain, Kampung Ini Anjur Pertandingan Menatap Foto Bekas Kekasih Terlama

Pesertanya pula hanya seramai 4 orang . Haha

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

17 Ogos lalu merupakan hari kemerdekaan negara jiran kita Indonesia yang ke-75 tahun. Meskipun berdepan wabak maut Covid-19, rakyat di sana tetap menyambutnya dalam suasana yang bersederhana.

Sempena hari kemerdekaan tersebut, sebuah kampung yang terletak di Magelang, Jawa Tengah telah mengadakan satu pertandingan yang boleh dikatakan agak luar biasa, yang diberi nama “Lomba Menatap Foto Mantan Terlama”

Jadi bagaimana ia dimainkan?

Sama seperti namanya, para peserta iaitu seramai 4 orang pemuda diminta duduk sebaris sebelum masing-masing diberikan foto bekas kekasih masing-masing yang dicetak pada kertas a4.

Mereka kemudiannya akan duduk dan terus bertahan dengan menatap foto tersebut sehinggalah peserta lain menyerah kalah.

Diadakan secara santai dihadapan sebuah rumah, yang menariknya kesemua peserta difahamkan adalah kenalan kepada penganjur.

Foto mereka kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen Indonesia yang turut berasa pelik dengan pertandingan sedemikian.

Namun penganjur menjelaskan, pertandingan tersebut diadakan hanyalah sebagai hiburan dengan niat suka-suka.

Kalau dianjurkan di tempat kita korang nak tak join ? Haha

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.