Main PUBG Tanpa Henti, Remaja Maut Akibat Dehidrasi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dapat dinafikan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) bagaikan satu fenomena di dunia .
Bukan hanya digilai para gamers, malah ia diminati masyarakat tanpa mengira umur dan jantina.
Namun disebabkan terlalu ketagih bermain PUBG tanpa henti sehingga tidak makan dan minum, seorang remaja lelaki di India dilaporkan telah meninggal dunia beberapa hari lalu.
Memetik IndiaTV News, remaja tersebut yang berusia 16 tahun dan berasal dari Andhra Pradesh telah disahkan meninggal dunia selepas mengalami dehidrasi yang teruk.
Dia yang kemudiannya mengalami cirit birit segera di bawa oleh keluarganya ke sebuah hospital swasta di Eluru Town bagi mendapatakan rawatan segera/
Disebabkan kondisi badannnya yang tidak stabil dia doktor kemudian mengarahkan dia menjalani pembedahan namun nasib tidak menyebelahinya, dia meninggal dunia sewaktu sedang menjalani pembedahan.
Perkara ini bukan perkara baru di sana dan di dunia. Sebelum ini beberapa insiden sama sudah membuktikan perlu ada kawalan dalam memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
Malah beberapa negara sebelum ini pernah mengambil tindakan menyekat permainan berkenaan antaranya Iraq Jordan, Nepal malah kerajaan Aceh turut mengharamkan PUBG .
Ia berikutan kesan permainan itu yang didakwa menyebabkan ketagihan kepada golongan muda sehingga memaksa PUBG kemudiannya menguji untuk menetapkan peringatan hanya membenarkan penggunanya bermain maksimum 6 jam sehari.
Malah ada yang turut mendakwa ia menyebabkan pengguna muda yang bermainnya berubah perilaku menjadi kasar dan kurang sopan
Baca artikel berkaitan di bawah :