fbpx
Now Reading
“Saya Tak Gila, Bukan Saya Yang Tularkan” – Cikgu S Jawab Video ‘Ayah Masak Ketum’

“Saya Tak Gila, Bukan Saya Yang Tularkan” – Cikgu S Jawab Video ‘Ayah Masak Ketum’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1188187861549218/

Sejak semalam tular klip video pendek yang berdurasi 14 saat memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan yang diajukan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya yang pandai memasak air ketum.

Dengan wajah anak kecil tersebut yang tidak di tutup, netizen dan masyarakat jelas berang dan mengecam penularan video berkenaan.

Rata-rata menyifatkanvideo terbabit pasti akan menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Yang pastinya orang yang teruk mendapat makian pastinya si guru yang juga perakam video berkenaan sehingga ada yang menuduhnya menularkan video terbabit.

Bukan cikgu yang tularkan

Selepas teruk dikecam guru terbabit akhirnya membuka mulut menerangkan keadaan sebenarnya. Menurutnya dia mengakui silapnye merakam video berkenaan sewaktu k sesi pendidikan kesihatan untuk murid tahun satu di sebuah sekolah di utara tanah air namun menafikan dia yang menularkan video berkenaan.

“SAYA tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali, demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas.

“Mungkin memang salah saya sebab rakam video itu, tetapi bukan saya tularkan, jadi saya mohon hentikanlah menularkan video itu dan mengecam dengan pelbagai tuduhan palsu kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan,” jelas cikgu terbabit.

Dia bagaimapun memohon agar insiden itu tidak lagi dipanjangkan memandangkan semuanya sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak .

“Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Saya sudah membuat laporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini.

“Saya tidak mahu membuat laporan polis kerana tuduhan palsu dilemparkan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya kepada harian Metro

Mengulas lebih lanjut mengenai insiden berkenaan cikgu berkenaan memaklumkan dia yang mengajar pendidikan kesihatan pada hari itu menyentuh topik peranan ahli keluarga.

Dia yang terkejut dengan jawapan murid berkenaan kemudiannya bertanyakan soalan sama sekali lagi dan merakam video tersebut sebelum dihantar kepada ibu pelajar terbabit

“Ada sesi perbincangan dan beberapa soal jawab bersama saya dan murid antaranya saya bertanya selain mak, siapa lagi dalam ahli keluarga murid saya yang pandai masak?

“Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tular ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketum tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dia tidak mengetahui ketum itu bukan sesuatu yang elok.

Murid lain ketawa melihat cikgu ketawa

“Saya hendak jelaskan, kejadian sebenar murid dalam kelas itu bukan mentertawakan jawapan kanak-kanak itu, tetapi mereka ketawa kerana geli hati melihat gelagat saya yang selama ini memang sukar ketawa sampai hendak terkeluar air mata.

“Malah, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketum.

“Selepas tamat sesi pembelajaran itu, saya hantarkan video terbabit kepada ibunya sebelum wanita itu cuma membalasnya sebagai satu bahan jenaka,” katanya.

Tambah Cikgu dia mengaku terkejut apabila ibu anak muridnya itu menghubungi malam tadi video berkenaan tular di media sosial memandangkan dia hanya berkongsikan video terbabit kepada ibu pelajar berkenaan

“Penularan video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video terbabit.

“Saya amat kesal dengan individu yang menularkan video itu tanpa usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memfitnah sedangkan niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak.

Terdahulu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata pihaknya serius memandangkan serius perkara itu dan menggesa siasatan dilakukan bagi mencari siapa yang menularkan video terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.