fbpx
Now Reading
Demi Keluarga, Dari Pilot Kini Menjadi Rider Hantar Kek Jualan Isteri

Demi Keluarga, Dari Pilot Kini Menjadi Rider Hantar Kek Jualan Isteri

Meski gaji berkurangan dari 5 angka ke 3 angka, dia tetap bersyukur dengan apa yang di terima

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui Covid-19 ini Covid-19 benar-benar memberi kesan yang besar, bukan hanya menjejaskan kesihatan dan nyawa, malah turut memberi impak kepada semua jenis sektor pekerjaan dan perniagaan.

Akibatnya banyak perusahaan terpaksa gulung tikar, manakala mereka yang bekerja pula ramai yang terpaksa diberhentikan dan ada juga yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Perkara ini turut dirasakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan yang mengambil cuti tanpa gaji dan kini terpaksa berusaha keras demi mencari sumber pendapatan keluarga.

Foto : Metro

Menerusi Harian Metro, Kapten Faridz Abu Bakar, 40  seorang juruterbang dengan pengalaman lebih 15 tahun kini giat membantu isterinya, Dayana Mohamad Noh, 40, dengan membuat penghantaran kek dan minuman berperisa lemon yang dijual secara online kepada pelanggan mereka.

Dia yang mengambil cuti tanpa gaji selama setahun bermula 1 Ogos lalu kini terpaksa melupakan sementara minat dan kerjayanya sebagai pilot dan kini memikul tanggungjawab menguruskan kerja-kerja pembungkusan sehinggalah tempahan pelanggan sampai ke depan pintu mereka.

Menjadi rider bukan lagi perkara baru baginya, pada PKP lalu Faridz juga difahamkan sudah mula menyertai syarikat penghantaran dengan menjadi penghantar bungkusan selain mengusahakan perniaagan makanan iait daging stik.

“Sebelum membantu isteri sepenuh masa , saya pernah bekerja sebagai penghantar bungkusan (parcel) sebuah syarikat kurier selama sebulan selain menjual daging stik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, pengalaman itu sedikit sebanyak membantu.

Meski pendapatan berkurang tetap bersyukur

Mengakui pendapatan mereka sekeluarga agak terjejas namun Faridz tetap bersyukur dengan apa yang diterimanya kini selain berterima kasih dengan inisiatif kerajaan melaksanakan moratorium

“Cuma, jika dulu, saya boleh meraih pendapatan mencecah lima angka tetapi kini menjadi tiga angka.

“Mujurlah ada simpanan dan terima kasih juga kepada kerajaan kerana membantu menerusi pelaksanaan moratorium,” katanya.

Rindu untuk kembali terbang di awan

Dalam pada itu jurutuerbang ini berharap agar wabak maut ini segera berakhir dan ekonomi kembali pulih agar dia dapat kembali bertugas kerana dia begitu merindui tugasnya di udara.

“Industri penerbangan ini antara sektor yang paling terkesan jadi saya perlu terima kerana ramai rakan menerima nasib sama.

“Cuma, perasaan rindu untuk bekerja tentunya ada bukan kerana soal duit semata-mata tetapi kepuasan.

“Setakat ini, saya masih berhubung dengan rakan sekerja tetapi ada di antara mereka yang saya tidak tahu statusnya sama ada masih bertugas atau sebaliknya.

“Memang sedih dan berharap semoga keadaan kembali pulih,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.