fbpx
Now Reading
JPJ : Lesen & Cukai Jalan Mati Semasa PKP? Perlu Renew Sebelum Atau Pada 31 Ogos

JPJ : Lesen & Cukai Jalan Mati Semasa PKP? Perlu Renew Sebelum Atau Pada 31 Ogos

Dengar ramai lagi belum renew, jangan terlupa!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, Kementerian Pengangkutan menerusi menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengumumkan bahawa lesen memandu dan cukai jalan yang tamat tempoh pada tempoh PKP tidak perlu diperbaharui sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir pada 31 Ogos ini

Perkara ini selaras dengan Seksyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Justeru, orang ramai dibenarkan memandu memandu kenderaan dengan syarat yang mereka gunakan mempunyai perlidungan insuran yang sah dan masih berkuat kuasa.

Sedar tidak sedar, PKPK bakal berakhir dalam tempoh kurang dari 2 minggu. Justeri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai terutama mereka yang belum cukai jalan atau lesen memandu untuk melakukannya secepat mungkin.

Ini bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ memanngkan rakyat negara kita bole dikatakan lebih menggemari melakukan apa sahaja disaat akhir.

Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid memaklumkan dari 18 Mac hingga 14 Jun lalu, terdapat 2,119,653 cukai jalan dan 2,184,508 lesen memandu masih belum diperbaharui.

Foto : Paultan

Memandangkan kelongggaran sudah di berikan sejak PKPP malah kaunter JPJ juga sudah beroperasi seperti biasa, jumlah berkenaan seharusnya sudah menurun dan lebih rendah kini.

“Orang ramai akan diberi makluman sekiranya ada perubahan dalam polisi pengecualian lesen memandu dan cukai jalan berkaitan dengan PKP. Kita akan memberikan masa yang mencukupi dan perubahan pula tidak akan dilakukan secara mendadak,” ujarnya, seperti dilaporkan oleh The Star.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Supt Wan Sharuddin Wan Omar dalam satu kenyataan berkata mereka tidak akan membenarkan mana-mana individu memandu dengan lesen yang tamat tempoh selepas 31 Ogos selain kembali melaksanakan penguatkuasan seperti biasa.

“Kita tidak akan membenarkan (orang ramai) memandu dengan lesen yang tamat tempoh selepas tarikh akhir yang diberi. Selepas 31 Ogos, penguatkuasaan akan kembali dilaksanakan seperti biasa. Kita akan terus menguatkuasa undang-undang trafik secara lebih kerap.

“Walau bagaimana pun, ia bergantung pada arahan daripada kerajaan sama ada kita akan mengambil langkah yang lebih tegas dalam penguatkuasaan atau pun mengendalikannya dengan cara diplomatik,” ujarnya lagi.

Jadi buat anda diluar sana yang masih belum renew lesen atau cukai jalan anda, kami rasa elok lah untuk segera berbuat demikian memandangkan anda kini hanya ada kurang dari dua minggu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.