fbpx
Now Reading
Map Music Pertaruhkan Kolaborasi Dany Seth & Nadeera Zaini Untuk Single ‘Duka’

Map Music Pertaruhkan Kolaborasi Dany Seth & Nadeera Zaini Untuk Single ‘Duka’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CD-fVszlmBD/

Mula dikenali sebagai seorang rapper selepas muncul dalam ujibakat 16 Baris, nampaknya Dany Seth maju setapak lagi apabila kini hadir dengan single terbarunya, ‘Duka’ bergabung bersama Nadeera Zaini (Mentor Legend 2014)

Yang menariknya Dany atau nama sebenarnya Muhammad Danial bin Wazilah yang kini bernaung di bawah MAP Music , turut terlibat dalam penghasilan lirik ‘Duka’ bersama komposer Syko G & Jack Jafni (Positive Recordings)

Secara ringkasnya lagu ini berkisarkan kekecewaan seorang individu yang kerap diduga dan di uji tanpa henti.

Namun, atas kesabaran yang tinggi, beliau cuba melawan dengan kata-kata positif. Segala perit yang dihadapi harus ditempuh berbekalkan kekuatan dari diri sendiri diselangi doa pada ilahi demi meneruskan kehidupan.

Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Akan Ada Kebaikan.
Walau Hati Gusar Hangat Dengan Apa Di Bencikan.
Setiap Permulaan Yang Pasti, Akan Ada Pengakhiran.
Walau Ditimpa Tubi Tubi, Dugaan Dan Cabaran.

DUKA – Danny Seth feat Nadeera Zaini

Dengar lagu penuh berserta lirik di bawah :

Difahamkan lagi ini juga sudah tersenarai di Carta Lagu baru nak Up ERA

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.