fbpx
Now Reading
Saintis Dakwa Berkumur Mungkin Boleh Kurangkan Risiko Penularan Covid-19

Saintis Dakwa Berkumur Mungkin Boleh Kurangkan Risiko Penularan Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percaya atau tidak sekumpulan saintis di Jerman mendapati perbuatan berkumur-kumur sebenarnya mampu mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

Kajian tersebut yang diterbitkan para pengkaji dari Ruhr-University Bochum di Journal of Infectious Diseases, merumuskan perbuatan berkumur selama 30 saat dapat melemahkan virus SARS-CoV-2 yang menjadi punca kepada wabak COVID-19.

Namun kumur bukan sebarang kumur ya?

Anda harus menggunakan pencuci mulut (mouthwash) seperti jenama listerine dan bukan dengan air biasa.

Yang menariknya menerusi kajian tersebut semua jenis pencuci mulut yang terdapat di pasaran Jerman adalah berkesan dengan syarat ianya perlu dilakukan selama 30 saat.

Namun cara ini bukan efektif 100% dalam membunuh virus tersebut, para pengkaji mengingatkan ia hanya dapat hanya mengurangkan risiko penularan wabak berkenaan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tony Meiste, yang mengetuai para pengkaji yang terdiri dari ahli-ahli virologi dari Ruhr-Universität Bochum .

Mouthwashes could reduce the risk of coronavirus transmission, new study reveals

Mouthwashes could reduce the risk of coronavirus transmission, new study reveals

Posted by Hashem Al-Ghaili on Tuesday, 18 August 2020

Dalam pada itu, mereka kini sedang menjalani proses kajian klinikal bagi membuktikan dapatan mereka dalam menentukan kesan berkumur menggunakan pencuci mulut terhadap wabak COVID-19.

Kajian sama juga sedang dilakukan penyelidik dari Cardiff’s Univeristy School of Medicine dan juga beberapa lagi universiti di seluruh dunia.

Header image credit : NewAtlas

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.