
Berkat Bulan Muharram, Mawar Rashid Kini Berhijab
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Aktres cantik, Mawar Rashid semalam, mengumumkan yang dia kini sudahpun berhihab bersempena dengan hari Jumaat pertama dalam tahun baru islam iaitu 2 Muharram.
Menerusi perkongsin di Instagram Mawar turut memohon ramai untuk mendoakannya agar terus istiqamah dengan penghijrahannya
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula
“Doakan Mawar sentiasa istiqamah untuk selalu mendapat keredaan Allah SWT. Aamin,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi entri sama dia turut berkongsi fotonya yang sudah berhijab
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat turut mengucapkan tahniah diatas penghijrahannya. Malah rakan-rakan selebriti turut meluahkan rasa syukur melihat imej baru-barunya.
Dilihat pada instagramnya, Mawar juga sudah pun memadam kesemua foto-foto lamanya yang sebelum ini tidak berhijab.