fbpx
Now Reading
Kamera Sony Kini Boleh Di Jadikan Webcam

Kamera Sony Kini Boleh Di Jadikan Webcam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan kebanyakan orang kini sudah mula membiasakan diri dengan normal baharu susulan dari penularan Covid-19.

Jika sebelum ini mesyuarat memerlukan anda untuk hadir secara fizikal di sesuatu tempat, kini ramai yang sudah mula mempraktikkan mesyuarat melalui sidang video ( video conference)

Susulan dari perkara tersebut banyak pengeluar kamera dimulai dengan Canon, Fujifilm , Panasonic, Olympus dan Nikon kemudiannya memperkenalkan perisian untuk menjadikan kamera mereka sebagai webcam .

Terbaru Sony turut menyusul dengan memperkenalkan perisian Imaging Edge Webcam yang membenarkan beberapa kamera-kamera Sony terpilih untuk dijadikan webcam bagi sistem operasi Windows 10 (64 bit)

Difahamkan setakat in terdapat 35 kamera yang tersenarai termasuklah kamera tanpa cermin (mirrorless) Sony Alpha dan kamera digital Sony RX seperti Sony a7/ a7R (Mark II ke atas), semua kamera a7S , semua kamera a9 , a5100, a6100, a6300, a6400, a6500, dan a6600.

Untuk senarai kamera penuh, anda boleh lihat di sini

Untuk menggunakannya anda hanya memerlukan kabel USB untuk menyambung kamera tersebut kepada komputer anda.

Pastikan kamera dalam tetapan auto terlebih dahulu sebelum modenya ditukar kepada Vid selepas panggilan video disambungkan.

Namun satu yang harus diingatkan perisian ini hanya boleh menyokong video dengan resolusi 1024 x 576 dengan ratio 16:9 Selain itu ia juga tidak menyokong penggunaan mikrofon justeru anda memerlukan mikrofon berasingan yang perlu disambungkan terus ke komputer untuk audio.

Untuk memuat turun perisian tersebut, semak dan pilih model sebelum menekan butang download di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.