fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Salah Faham Punca Pergaduhan 2 Kumpulan Mat Rempit Di Dataran Merdeka [Video]

Polis Sahkan Salah Faham Punca Pergaduhan 2 Kumpulan Mat Rempit Di Dataran Merdeka [Video]

Saksikan video penuh di bawah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi tular klip video memperlihatkan  pergaduhan besar antara dua kumpulan mat rempit yang berlaku di Dataran Merdeka.

Menerusi perkongsian tersebut di beberapa laman di Facebook, jelas pergaduhan berkenaan melibatkan anak muda yang menggunakan helmet sebagai senjata.

Bukan hanya melanggar SOP dengan tidak mengenakan topeng muka dan menjaga penjarakan fizikal, mereka juga dilihat tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lain apabila berantakan di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

Jelasnya, pihak polis ada menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung pergaduhan itu, 1.29 pagi semalam sebelum bertindak menghantar dua pasukan angotanya iaitu pasukan polis peronda (MPV) dan pasukan Operasi Cantas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ke sana.

“Difahamkan pergaduhan itu membabitkan beberapa individu di lokasi berkenaan dengan bersenjatakan topi keledar.

Geng Rempitz Gaduh di Dataran Merdeka (Ext. Version)

GENG REMPIT GADUH DI DATARAN MERDEKA, KL (EXTENDED VERSION)Dua geng rempit dirakam bergaduh di Dataran Merdeka KL. Punca pergaduhan tidak dapat dikenalpasti.

Posted by Sembang AhBeng & AhLian on Saturday, 22 August 2020

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan polis peronda (MPV) dan pasukan Operasi Cantas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi digerakkan ke lokasi.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi terbabit, kami mendapati tiada lagi pergaduhan berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hanya salah faham & tidak membabitkan kongsi gelap

Menurut beliau lagi, pergaduhan tersebut bagaimanapun disebabkan perselisihan faham antara beberapa individu bermotorsikal malah tidak membabitkan sebarang elemen kongsi gelap mahupun gangsterisme.

“Tiada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit dalam kejadian itu.

Kes disiasat kerana merusuh dengan senjata di tempat awam

Tambah beliau lagi kes ini bagaimanapun akan disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam.

“Namun, satu laporan polis dibuat oleh Petugas Pusat Kawalan Polis Dang Wangi dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.