fbpx

Gemar Melancong Dalam Negara? Ini 4 Sebab Kenapa Anda Patut Memilih Honda BR-V Baharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembukaaan kembali sempadan antara negeri oleh kerajaan bermula 10 Jun lalu benar-benar menggembirakan ramai orang.

Selain dapat pulang ke kampung untuk beraya, orang ramai juga kini sudah boleh memanfaatkan masa terluang dengan pergi mengembara atau bercuti di dalam negara.

Yelah sempadan negara pun tak buka lagi kan. Jadi ramai memilih untuk ‘Cuti-Cuti Malaysia’ yang sedikit sebanyak menjimatkan malah begitu senang diatur kerana kebanyakan orang lebih selesa pergi melancong menggunakan kenderaan sendiri.

Cuma kalau berdua tu apa-apa jenis kereta pun tak menjadi masalah tapi kalau ramai bagaimana pula?  Lagi-lagi buat untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai lebih dari 2 anak.

Jadi buat anda yang perlu atau sedang mencari-cari kereta yang sesuai untuk bawa family ke mana sahaja baik di dalam bandar mahupun untuk dibawa mengembara, di bawah kami senarai 4 sebab kenapa Honda BR-V baharu patut menjadi pilihan utama anda :

#1 Baik berdua, berempat atau tujuh orang, ia tetap menjaminkan keselesaan

Kelebihan paling utama BR-V pastinya adalah statusnya sebagai sebuah kenderaaan penumpang dengan tujuh tempat duduk.

Tiada lagi istilah bersempit atau terkepit semasa dalam perjalanan jauh. Nak mengembara pun jadi seronok.  Malah ruang untuk kerusi di baris ketiga juga lebih luas dan selesa!

#2 Ciri Dalaman & Luaran yang lebih kemas dan menonjol

Luaran crossover 7-kerusi baharu ini juga nyata lebih kemas selepas dikemaskini namun masih mengekalkan ciri –ciri menarik yang sedia ada.

Antara ciri yang dipertingkatkan adalah rekaan hadapannya dengan penampilan gril depan baharu, kemasan bampar hadapan serta lampu kabus depan baharu.

Bahagian belakang juga tidak terkecuali dengan kemasan bampar bawah belakang baharu selain padanan antena jenis ‘shark fin’ serta rim aloi 16-inci dua tona yang menarik dan lebih bergaya.

Selain itu ciri dalaman juga banyak mendapat sentuhan baru antaranya kerusi kulit baharu dengan sentuhan warna merah yang lebih sporty dan audio paparan 7 inci . Ciri lainnya seperti Smart Entry dan Push Start Button juga masih tersedia seperti model terdahulu.

Kami yakin dengan reka bentuk dan ciri-ciri baharu seperti ini, anda sebagai pemandu pasti bangga membawanya  kemana sahaja.

#3 Pengalaman pemanduan yang pasti menyeronokkan

Kelebihan BR-V baharu ini selain dijana enjin  1.5L i-VTEC yang pasti memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif di jalanan , ia juga dilengkapi dengan ciri paddle shifter untuk menambahkan keseronokan anda ketika memandu.

Pemanduan anda pasti santai dan menyeronokkan tidak kira dimana sahaja  destinasi yang ingin anda tujui, baik di bandar mahupun di desa

#4 Segalanya Luas

Bukan hanya ruangan kargo yang luas, ruangan bagasi juga boleh menampung  223 liter sekiranya semua tempat duduk dinaikkan. 

Malah lebih menariknya ruangan bagasi boleh ditingkatkan kepada 539 liter jika tempat duduk barisan ketiga diturunkan.

Kerusi juga boleh dilipat dengan fungsi 60:40 One Touch Tilt & Tumble di baris kedua dan 50:50 Tilt & Full Tumble untuk baris ketiga

Ini sekaligus membolehkan anda memaksimumkan ruang mengikut keperluan  sama ada mahukan ruang penumpang atau ruang tambahan untuk kargo.

Seiring dengan pengecualian cukai jualan, Honda BR-V kini dijual dari RM 86,726.00. Hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.