“Metallica Pun Tahu Kedudukan Sebenar Bendera Kita” – Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apalah ertinya kemerdekaan 63 tahun negara sekiranya masih terdapat beberapa kerat rakyatnya yang tidak tahu menghargai erti sebenar kemerdekaan.
Atau merdeka mereka hanya pada nama sahaja? Nak lihat buktinya? tengok sahaja pada isu panas yang sedang melanda negara ketika ini, isu bendera terbalik yang pasti berlaku setiap kali menjelang hari kemerdekaan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Mungkin buat segelintir orang isu ini hanyalah satu isu yang remeh, namun sebenarnya implikasi nya sangat besar. Ia mampu merosakan imej negara yang sepatutnya dijaga baik oleh setiap rakyat Malaysia.
Lihat sahaja reaksi rakyat dari negara seperti Indonesia apabila bendera mereka dipasang terbalik tanpa sengaja. Lihat betapa marahnya mereka. Justeru kita tahu semua negara menyanjung tinggi bendera mereka.
Kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay baru-baru ini wajar dipuji dimana beliau menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengaja menimbulkan kontroversi bendera terbalik.
Jelas beliau isu ini tidak seharusnya timbul kerana negara kita sudah 63 tahun merdeka.
“Isu pasang bendera Malaysia terbalik sudah banyak kali dibuat, negara kita sudah 63 tahun merdeka dan ini tidak sepatutnya berlaku.
“Selepas ini saya tidak lagi akan memberi amaran. Jika ada lagi kes ini saya akan arahkan pegawai penyiasat untuk buka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Persoalannya sebagai warganegara Malaysia tidak malukah mereka tidak mengetahui posisi sebenar Jalur Gemilang. Malah tidak malukah mereka apabila orang luar yang hanya beberapa hari disini tahu kedudukan dan rupa bentuk bendera negara tercinta.
Jangan bikin malu
Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki ini berkongsi foto yang memperlihatkan kumpulan Heavy Metal terunggul, Metallica dengan begitu bangganya memegang bendera kita dalam keadaan yang betul.
Jadi anda fikirlan sendiri, apakah alasan lagi yang boleh kita digunakan sehingga lupa dan tidak mengenali bendera yang menggambarkan identiti kita sejak 63 tahun dahulu.