Teruk Di Kutuk Bak ‘Tin Milo’, Ini Sebab Kereta Sengaja Dibina Mudah Remuk

Jika anda ingat sekitar tahun tular beberapa foto memperlihatkan kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW dipercayai ditepi sebuah lebuhraya di ibu negara.

Foto tersebut menjadi perhatian dan bahan gelak tawa sesetengah netizen ekoran dari keadaan belakang kereta itu yang remuk teruk selepas rempuhan kuat dari motor touring dari jenis BMW R 1200 GS

Bukan hanya ditertawakan malah sesetengah mereka melabelkan kereta tersebut sebagai ‘tin milo’ apatah lagi melihatkan motor tersebut seolah-olah tiada langsung kesan remuk dan sebagainya.

Namun dari ramai-ramai mereka, tampil beberapa netizen yang cuba menjelaskan kenapa situasi sedemikian terjadi secara tidak langsung memberi informasi yang berguna kepada orang ramai mengenai ‘kenapa bahagain dengan dan belakang kereta seolah dibina untuk cepat remuk dan kemek.

Ianya dikenali sebagai crumple zone

Secara ringkasnya setiap kereta memang dibina dengan beberapa bahagian crumple zone yang bertujuan meyerap sebarang hentak atau perlanggaran . Ianya bertujuan mengurangkan impak pada kedua-dua pihak yang melanggar dan dilanggar . Namun kesannya akan membuatkan kenderaan tersebut remuk bergantung kepada kekuatan rempuhan.

Bagi kes perlanggaran motor BMW dan Proton BLM tersebut pula, kereta berkenaan yang tidak bergerak dan difahamkan diparkir di tepi jalan membuatkan ianya tidak bermomentum manakala sebaliknya pula buat motor tersebut yang mempunyai momentum kerana sedang bergerak laju sewaktu perlanggaran tersebut.

Namun fungsi crumple zone pada kereta terbabit sebenarnya telah menyelamatkan penunggang motorsikal terbabit.

Bagaikan kini kereta tersebut tidak mempunyai crumple zone, pasti keadaan penunggang berkenaan adalah berbeza.

Penting dalam menyelamatkan nyawa

Segala tenaga hasil dari perlanggaran tersebut akan berpindah kepada penumpang dalam kereta dan penunggang motortsikal tersebut sekaligus menyebabkan pendarahan dalaman kepada mereka terutamanya penunggang motor terbabit.

Ini pastinya merisikonya nyawa semua mangsa bukan?

Walaubagaimanapun, ramai pasti bersetuju kereta dari luar terutamanya dari jenis mewah pastinya menggunakan material dan teknologi yang lebih hebat dalam menyerap hentakan sedemikian.

Namun buatlah perbandingan yang adil, kami sendiri merasakan tidak sesuai untuk membandingkan kereta tempatan yang jelas jauh lebih murah harganya dengan kereta mewah yang pastinya berlipat ganda bezanya.

Diharap penjelasan ini secara tidak langsung dapat memberikan jawapan kepada anda diluar sana mengapa kebanyakan kereta sengaja dibina untuk mudah remuk pada bahagian hadapan dan belakang.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago