fbpx

Aplikasi ‘Find My Mobile’ Kini Boleh Kesan Peranti Samsung Hilang Walau Tiada Internet

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan telefon adalah satu mimpi ngeri buat semua orang. Selain dari harganya yang pastinya cecah ribuan, kehilangan data dan benda penting didalamnya pasti akan membuatkan kita terduduk seketika.

Namun terima kasih kepada teknologi, banyak aplikasi seperti Find My Device(Android) Find My Iphone (Iphone) dan Find My Mobile (Samsung) dapat membantu anda mengesan kembali peranti yang hilang dengan menggunakan sistem GPS yang terdapat pada peranti tersebut.

Namun Find My Mobile yang dihasilkan Samsung khas untuk penggunannya dilihat maju setapak laki kehadapan apabila mereka kini turut menyokong pengesanan peranti yang hilang tanpa memerlukan internet (offline finding) sama seperti Iphone.

Ya, telahan anda tak salah, meskipun peranti Samsung anda yang dicuri atau hilang itu tidak mempunyai capaian internet , anda kini masih boleh mengesannya melalui aplikasi tersebut dengan menggunakan peranti Galaxy yang lain.

Perkara ini disedari Max Weinbach dari XDA Developer pada hujung minggu lalu sebelum dikongsikan ke Twitter miliknya.

Ciri terbaru ini boleh didapati dengan mengemaskini aplikasi Find My Mobile anda ke versi 7.1.08.0 .

Namun harus diingatkan ianya tidak diaktifkan secara automatik sebalik anda perlu melakukannya sendiri secara manual .

Selain itu kemaskini terbaru ini difahamkan dapat membantu anda mengesan mana-mana peranti Galaxy yang berdekatan termasuklah jam tangan pintar Galaxy dan fon telinga Galaxy.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.