fbpx
Now Reading
Hanya Dengan Bunyi Kunci, Penjenayah Kini Boleh Hasilkan Pendua Kunci Anda

Hanya Dengan Bunyi Kunci, Penjenayah Kini Boleh Hasilkan Pendua Kunci Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda perasan, setiap kali membuka dan mengunci pintu seperti rumah dan pejabat, pasti kunci dan tombol pintu anda akan menghasilkan bunyi.

Bunyi ini sebenarnya terhasil dari pergerakan dan pergeseran antara kunci dan lubang kunci tersebut.

Namun tahukah anda, menurut satu laporan kajian yang dikeluarkan pengkaji di National University of Singapore (NUS), dengan hanya menggunakan bunyi tersebut, pencuri kini sudah boleh menghasilkan pendua kunci anda.

– Security and privacy -> -1Side-channel analysis and countermeasures.- Hardware -> -1Sound-based input / output.

Kedengaran berbahaya bukan ?

Kaedah ini dinamakan SpiKey dimana mereka hanya memerlukan mikrofon dari smart phone (untuk mendengar dan merakam) dan aplikasi perisian khas bagi menjayakan misi jahat mereka.

Foto : The Sun

Bukan itu sahaja, tugas penjenayah ini akan lebih mudah sekiranya mereka berjaya menggodam telefon anda, dimana mereka tidak perlu bersusah payah untuk berada berdekatan sewaktu anda sedang membuka atau menutup kunci tersebut.

Berbekal rakaman audio bunyi kunci berkenaan, penjenayah terlatih itu kemudiannya akan membuat salinan kunci dengan dengan mengambil kira iaitu jenis kunci, jarak diantara setiap bunyi yang dihasilkan oleh pin kunci dan pelbagai lagi.

Secara puratanya teknik mereka ini akan berjaya menghasilkan 3 -5 yang mana salah satunya akan berjaya membuka pintu berkenaan dari keseluruhan 330,420 kunci.

“On average, SpiKey is able to provide 5.10 candidate keys guaranteeing inclusion of the correct victim key from a total of 330,424 keys, with 3 candidate keys being the most frequent case,”

Saksikan pembentangan penuh mereka di Hot Mobile 2020 untuk rujukan anda :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.